KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan pihaknya dijadikan sebagai alat bagi menutup mulut pengkritik kerajaan.
MCMC berkata 72 peratus permintaan kepada platform media sosial untuk disekat kandungannya, adalah yang berkaitan dengan perjudian dalam talian serta penipuan, dan sehingga 3 Jun lepas 53 peratus permintaan sekatan kandungan dalam talian yang dibuat oleh MCMC merentas semua platform, adalah yang berkaitan dengan perjudian dalam talian.
"Selain itu 19 peratus melibatkan penipuan dalam talian, 15 peratus dikenal pasti sebagai berita palsu, enam peratus berkaitan dengan kaum, agama dan royalti (3R), dan lima peratus lagi melibatkan gangguan," menurut kenyataan itu.
MCMC berkata usaha memastikan persekitaran dalam talian yang selamat ialah matlamat bersama antara suruhanjaya dan platform media sosial.
"Bagi tujuan ini platform media sosial secara rutin dan konsisten melakukan penyingkiran proaktif terhadap kandungan yang melanggar piawaian komuniti mereka," katanya.
MCMC seterusnya menafikan dakwaan ia digunakan untuk menyekat wacana awam mengenai isu atau dasar kerajaan, dengan mengatakan bahawa dakwaan itu membayangkan seolah-olah Putrajaya dan badan kawal selia lain tidak boleh menerima kritikan.
"Persepsi ini tidak tepat dan tidak menggambarkan operasi MCMC dan platform media sosial," menurut kenyataan itu.
Malaysia dilaporkan membuat 1,862 permintaan kepada TikTok untuk menyekat kandungan tertentu pada separuh kedua tahun lepas, pal;ing tinggi berbanding negara lain.
Negara yang membuat permintaan kedua terbanyak dalam tempoh itu ialah Australia, dengan hanya 651.
TikTok berkata ia menerima sejumlah 2,202 permintaan daripada Malaysia tahun lepas, berbanding 70 pada tahun sebelumnya.
Meta berkata ia juga telah menyekat kira-kra 8,600 kandungan di Malaysia sepanjang tahun lepas, peningkatan ketara berbanding 553 sekatan kandungan yang dikenakan pada 2022.
MCMC berkata ia hanya akan mengemukakan permintaan kepada platform dalam talian jika terdapat kandungan yang dianggap telah melanggar piawaian komuniti atau undang-undang Malaysia, dan bahawa sekatan sebenar kandungan adalah berdasarkan penilaian platform itu sendiri.
Suruhanjaya itu melaporkan bahawa pada suku keempat tahun lepas, satu platform media sosial secara proaktif mengeluarkan 1.8 juta kandungan dalam talian tanpa sebarang permintaan daripada pihak berkuasa.
Kandungan ini merangkumi pelbagai kategori seperti mempromosi buli dan gangguan, pelanggaran privasi, ucapan kebencian, maklumat salah, spam, tingkah laku tidak baik yang diselaraskan, maklumat salah yang memberi kesan secara langsung kepada proses politik, dan media tertentu yang dimanipulasi dengan maklumat tidak benar.
"Walaupun kritikan terhadap kerajaan atau ahli politik dibenarkan, terdapat had undang-undang terhadap kebebasan media, terutamanya apabila ia melibatkan isu sensitif seperti 3R," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
MCMC berkata ia hanya akan mengemukakan permintaan kepada platform dalam talian jika terdapat kandungan yang dianggap telah melanggar piawaian komuniti atau undang-undang Malaysia.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
MCMC terbit laporan Rundingan Awam Draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik)
MCMC hari ini menerbitkan laporan mengenai Rundingan Awam berhubung Draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Penyedia Perkhidmatan Media Sosial.
Mohamad Salim dilantik semula sebagai Pengerusi MCMC
Menurut laporan media sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melanjutkan tempoh perkhidmatan Mohamad Salim pada Isnin.
MCMC nafi jadi alat kerajaan untuk tutup mulut pengkritik
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan pihaknya dijadikan sebagai alat bagi menutup mulut pengkritik kerajaan.
MCMC sokong tiada caj tambahan bagi akses 5G
MCMC akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang telah dinyatakan.
MCMC ingatkan orang ramai tidak sebar gambar, kandungan pelajar maut dilanggar
MCMC dalam kenyataan malam ini memaklumkan tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Bertindak mengikut akta bukan sekat kebebasan media, MCMC jawab RSF
Tindakan yang dibuat adalah bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan fitnah.
Jangan muat naik, kongsi kandungan hina Institusi Diraja - SKMM
SKMM akan pantau dan tindakan penguatkuasaan bersama PDRM akan diambil terhadap pihak yang melakukannya.
KKD tidak kekang kebebasan media lapor berita - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak akan mengekang kebebasan pengamal media di negara ini untuk melaporkan berita.
MCMC buka kertas siasatan terhadap Awesome TV
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyiasat laporan dikeluarkan Awesome TV.
MCMC keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4 juta bagi tahun 2022
Sebanyak 106 kompaun telah dikeluarkan kepada pemegang lesen MCMC dengan nilai kompaun sebanyak sebanyak RM4.616 juta.