KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan 112 kompaun bernilai RM4.696 juta kepada pemegang lesen dan bukan pemegang lesen atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta perundangan subsidiari di bawah akta itu dalam tahun ini.
MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan daripada keseluruhan jumlah itu, sebanyak 106 kompaun telah dikeluarkan kepada pemegang lesen MCMC dengan nilai kompaun sebanyak sebanyak RM4.616 juta.
Kompaun dikeluarkan kepada pemegang lesen meliputi 53 kompaun bagi kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik, kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002 (27 kompaun), kegagalan mematuhi standard mandatori (17 kompaun).
Selain itu, kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen (lima kompaun), kegagalan mematuhi Panduan Peraturan Pendaftaran Pengguna Akhir untuk Perkhidmatan Selular Awam Prabayar (dua kompaun), dan menawarkan perkhidmatan tanpa lesen (dua kompaun).
MCMC berkata sebanyak enam kompaun telah dikeluarkan bagi bukan pemegang lesen dengan nilai kompaun sebanyak RM80,000.
Lima kompaun adalah bagi kesalahan di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui dan satu kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 235 AKM 1998 iaitu menyebabkan kerosakan kepada kemudahan rangkaian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan daripada keseluruhan jumlah itu, sebanyak 106 kompaun telah dikeluarkan kepada pemegang lesen MCMC dengan nilai kompaun sebanyak sebanyak RM4.616 juta.
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Taasub melampau, pengikut GISB rela dianiaya dan jadi mangsa penderaan
Ketaasuban melampau kepada kepimpinan GISB dikatakan menjadi punca pengikut kumpulan itu sanggup 'menggadaikan' kehidupan mereka dan ahli keluarga demi organisasi dan pemimpin.
Akaun TikTok jual dadah dalam bentuk lolipop telah disekat - Fahmi
TikTok telah mengambil tindakan terhadap satu akaun pengguna dengan menurunkan kandungan jualan dadah dalam bentuk lolipop selepas ia tular di media sosial.
MCMC pantau kandungan parodi libatkan GISB - Teo
Nie Ching berkata pihaknya akan bekerjasama dengan mana-mana agensi yang bertanggungjawab menyiasat kumpulan berkenaan sekiranya terdapat permintaan.
Manfaatkan internet percuma untuk tingkatkan ekonomi, pelancongan di Kampung Mondikot
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mahu penduduk Kampung Mondikot di sini memanfaatkan sepenuhnya internet berkelajuan tinggi yang disediakan secara percuma bagi meningkatkan ekonomi setempat.
JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah
Sebanyak 4,629 stesen pemancar sedia ada di Sabah dinaik taraf menerusi JENDELA bagi memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan internet berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.
MCMC alu-alukan aduan awam berhubung kandungan media sosial babitkan kanak-kanak - Teo
Teo Nie Ching berkata kerjasama itu penting bagi memastikan perlakuan jenayah melibatkan kanak-kanak tidak berleluasa di negara ini.
32 NADI siap sepenuhnya di Pulau Pinang - Zairil
Keseluruhannya, 35 NADI beroperasi di Pulau Pinang termasuk tiga sedia ada manakala baki enam lagi dijangka siap pada hujung bulan ini.
MCMC laksana tinjauan terhadap portal aduan pengguna
MCMC jalankan soal selidik mengenai pengalaman pengguna terhadap saluran utama penyelesaian aduan pengguna, Consumer Redress Portal.
MCMC diminta tidak teruskan pelaksanaan kaedah penghalaan semula DNS - Fahmi
MCMC diminta tidak meneruskan arahan mewajibkan semua penyedia perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia melakukan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS).
MCMC tangani maklumat salah mengenai pengalihan DNS, sekatan akses internet
MCMC arah ISP mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain (DNS) yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri.