Satu rangka dipercayai bayi ditemui di dalam beg plastik di kawasan semak dipercayai dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab .
Rangka tersebut ditemui tiga pekerja swasta yang sedang menjalankan kerja mengukur tanah di Jalan Todak ,Seberang Jaya, Pulau Pinang kira-kira jam 11 pagi tadi.
Rangka yang masih tidak diketahui umur dan jantina itu dibalut menggunakan kain yang sudah mereput.
Menurut salah seorang pekerja yang mahu dikenali sebagai Man, dia terkejut dan tidak menyangka beg plastik itu mengandungi tengkorak dan rangka dipercayai milik manusia.
Dia kemudiannya menghubungi polis dan sepasukan anggota polis tiba di tempat kejadiandan menjalankan pemeriksaan dan mengambil keterangan mereka sebaik menerima laporan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Ujarnya, sehingga kini, pihaknya masih belum dapat mengesahkan sama ada rangka itu milik manusia atau sebaliknya .
Rangka itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dianalisis.
Dalam pada itu, beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.