KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa menahan 235 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan, daripada jumlah itu seramai 233 individu dikompaun manakala dua direman.

Antara kesalahan ingar arahan PKP termasuk termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (82), tidak memakai pelitup muka (81), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (57) dan lain-lain (15).

Sementara itu, Operasi Benteng bejaya menahan 40 pendatang asing tanpa izin, lima penyeludup dan merampas tujuh kenderaan darat serta empat bot dan kapal.

Manakala 43 operasi sanitasi awam dilakukan pada Selasa meliputi 10 zon merah, satu zon jingga, 11 zon kuning dan empat zon hijau yang melibatkan lapan buah negeri dan satu di Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melakukan pemeriksaan di 20 tapak binaan di seluruh Malaysia dan kesemua tapak binaan yang diperiksa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.