KUALA LUMPUR: Satu pasukan petugas dianggotai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditubuhkan bagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan isu mengutip semula duti kastam terkurang kutip bagi kenderaan import di pulau bebas cukai (PBC).
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menipu JKDM dan melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan sewajarnya diambil segera.
Katanya penubuhan pasukan petugas itu susulan penemuan berlakunya penipuan oleh pihak pemilik kenderaan yang telah mengemukakan surat akaun sumpah palsu dan kandungan tidak benar.
"Saya ingin maklumkan bahawa hasil pemeriksaaan lanjut berdasarkan persampelan audit, disahkan bahawa berlakunya penipuan oleh pemilik kenderaan," katanya ketika menggulung usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 yang dibahaskan seramai 13 ahli parlimen di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata pihak JKDM turut menyiasat unsur penyelewengan, status permastautin dan mengkaji isu pelanggaran syarat permastautin seperti yang dinyatakan dalam laporan tersebut.
Menurut LKAN 2021 Siri 2 yang dikeluarkan pada Februari lepas, terdapat kelemahan dalam kutipan duti kastam bagi kenderaan import di PBC sekali gus menyebabkan duti kastam berjumlah RM72.32 juta terkurang kutip pada 2021.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata JKDM sedang memperkemaskan prosedur dan peraturan mengenai syarat permastautin dan pemilikan kenderaan tidak dipatuhi berikutan teguran laporan berkenaan terhadap jumlah terkurang kutip duti kastam itu.
"Semakan mendapati bahawa daripada jumlah RM72.32 juta terkurang kutip itu, sebanyak RM146 824.49 disebabkan oleh pengiraan duti eksais tidak tepat dan telah dipungut semula sebelum audit dijalankan," katanya.
Beliau berkata JKDM mengambil tindakan segera dengan memperkemaskan perkara berkaitan, mengeluarkan syarat bermastautin bagi pemilikan kenderaan yang hendak dibawa keluar dan menstrukturkan semula kadar susut nilai bagi kenderaan.
"Jadi pendaftaraan kenderaan yang dibawa masuk ke PBC memerlukan pengikraran borang kastam, salinan kad pengenalan, surat akaun sumpah, surat akaun majikan dan bil utiliti kediaman," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menipu JKDM dan melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan sewajarnya diambil segera. - Gambar fail/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Mesyuarat pertama pasukan petugas sentuh konsep 'pengangkatan pokok' - Dr Zaliha
Perkongsian ilmu dan maklumat serta menilai amalan baik di negara lain diharapkan dapat menghasilkan satu garis panduan lebih komprehensif.

Kerajaan tubuh pasukan petugas untuk selaras pembangunan Taman Perindustrian Halal
Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi menyelaras pembangunan Taman Perindustrian Halal serta mengenal pasti kekangan yang dihadapi kerajaan negeri dalam membangunkan kawasan berkenaan di

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.

Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok teduhan di ibu negara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.

Tiga pasukan petugas ditubuh pacu ekonomi Labuan
Tumpuan terhadap pembangunan pelancongan, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok dan meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal.

Pemuda UMNO tubuh pasukan petugas aduan rakyat
Ia melibatkan Pemuda UMNO di semua negeri kecuali Sarawak dan mereka akan bergerak ke peringkat akar umbi dengan lebih aktif dan progresif.

KPM tubuh enam pasukan petugas, perkasa haluan pendidikan negara
Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan enam pasukan petugas (taskforce) bagi memperkasakan haluan pendidikan negara dalam beberapa bidang utama pada tahun ini.

Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.

Pasukan petugas ditubuh siasat isu duti kastam terkurang kutip - Ahmad Maslan
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menipu JKDM dan melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan sewajarnya diambil segera.

KJRI cadang bentuk pasukan petugas kerjasama dalam ekonomi, pelaburan Indonesia dan Johor
Menerusi pasukan petugas itu, potensi pelaburan dalam pelbagai sektor akan dapat dikenal pasti di antara Indonesia dan Johor.