KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata penubuhan pasukan itu akan melibatkan penyertaan pemegang taruh seperti badan bukan kerajaan, arboris (pakar tumbuhan berkayu) dan pakar dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Beliau berkata pasukan itu juga boleh mendapatkan maklumat serta kerjasama pakar atau meneroka sistem penanaman dan penyelenggaraan pokok secara mapan dari luar negara.
"Pasukan ini akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Bagi langkah jangka pendek, kita sudah arahkan untuk menebang pokok-pokok yang dikenal pasti berisiko tumbang.
"Bagi langkah jangka panjang, kita perlu menilai semula semua aspek penanaman pokok teduhan termasuk spesies pokok, lokasi dan keluasan tanah sesuai selain tempoh pemantauan pokok yang sebelum ini dibuat setiap dua tahun, kita akan buat secara lebih kerap selepas ini," katanya.
Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat berhubung kolam tadahan banjir (KTB) Kampung Bohol di sini hari ini.
Mengulas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang digantikan dengan 100 pokok baharu, Dr Zaliha berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada pakar tumbuhan bagi mengenal pasti jenis pokok, lokasi serta jumlah yang sesuai untuk ditanam.
Pada 7 Mei lepas, kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang meragut nyawa seorang lelaki dan menghempap 17 kenderaan serta landasan Monorel di Jalan Sultan Ismail.
Terbaharu pada 13 Mei lalu, sebatang pokok tumbang di Jalan Pinang menyebabkan sebuah kenderaan polis pengiring Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof mengalami kerosakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Dr Zaliha berkata pasukan itu juga boleh mendapatkan maklumat serta kerjasama pakar atau meneroka sistem penanaman dan penyelenggaraan pokok secara mapan dari luar negara. - Gambar fail/Bernama

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka susulan hujan lebat
Tindakan ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan hujan lebat yang melanda Sepanyol baru-baru ini.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

Indonesia pergiat usaha pembenihan awan untuk tangani bencana berkaitan hujan
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.

Peniaga rugi gerai bazar Ramadan rosak akibat ribut
Hujan lebat dan angin kencang yang melanda pagi tadi mengakibatkan kerosakan kepada lebih 20 daripada 60 khemah di bazar Ramadan berdekatan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

Banjir dahsyat landa Indonesia
Ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah akibat banjir dahsyat yang telah melumpuhkan Jakarta.

Enam maut selepas ribut landa dua bandar di Argentina
Ribut yang melanda turut menyebabkan banjir besar dan memaksa pemindahan kecemasan dari kediaman dan pusat kesihatan.

Amaran ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara hingga 9 malam
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang pagi ini
Kesemua mereka melibatkan penduduk yang terjejas di dua daerah, iaitu Melaka Tengah dan Jasin, dengan mangsa ditempatkan di lima PPS.

Melaka mula banjir, 34 kawasan terjejas
Banjir menjejaskan 17 kampung dan 15 taman perumahan di Melaka Tengah serta dua kawasan kampung di Jasin.

Siklon Garance ragut 3 nyawa
Tiga terkorban, 182,000 penduduk terputus bekalan elektrik, 171,000 tidak mempunyai air bersih dan 134,000 mengalami gangguan internet.