PUTRAJAYA: Konsep 'pengangkatan pokok' dan potensi untuk menubuhkan satu tabung dana amanah kawasan hijau bagi menggalakkan perkongsian awam-swasta, adalah antara inti pati perbincangan mesyuarat pertama pasukan petugas pengurusan pokok berisiko di Kuala Lumpur yang diadakan hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pendekatan 'whole-of-nation' itu berupaya meningkatkan kompetensi landskap hijau di samping mengekalkan peratusan kawasan hijau di Kuala Lumpur sebagaimana disasarkan oleh Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040.
"Perkongsian ilmu dan maklumat diharapkan dapat menghasilkan satu garis panduan lebih komprehensif serta mengambil amalan terbaik dari negara lain dalam penyelenggaraan dan pengurusan pokok teduhan di Kuala Lumpur.
"Ia juga dapat membantu dalam perkongsian data bagi menambah baik sistem pemetaan e-pokok sedia ada di DBKL dalam merekodkan data inventori pokok, daftar pokok berusia, penanaman pokok baru dan kerja-kerja penyelenggaraan pokok dan kini telah pun merekodkan sebanyak 236,551 batang pokok-pokok yang ditanam di seluruh Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku peneraju, mesyuarat itu turut melibatkan anggota akademik dari Universiti Putra Malaysia, Institut of Lanscape Architecs Malaysia (ILAM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Persatuan Arboris Malaysia dan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Landskap Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur.
Menurut Dr Zaliha, pasukan petugas itu juga perlu meneliti pelan penggantian pokok dengan memberi fokus kepada Program Penanaman 1 Juta Pokok di Kuala Lumpur dan memberi perhatian kepada faktor antaranya spesies pokok, ruang penanaman pokok dan kedalaman akar.
Penubuhan pasukan petugas itu susulan beberapa kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang termasuk pada 7 Mei lepas yang meragut nyawa seorang lelaki dan menghempap 17 kenderaan serta landasan Monorel di Jalan Sultan Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
![Mesyuarat pertama pasukan petugas sentuh konsep 'pengangkatan pokok' - Dr Zaliha Mesyuarat pertama pasukan petugas sentuh konsep 'pengangkatan pokok' - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719409804_pokoktumbang.jpg)
Perbincangan mesyuarat pertama pasukan petugas pengurusan pokok berisiko di Kuala Lumpur menggariskan beberapa perkara. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (03 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tabung solidariti Selangor FC raih lebih RM76,000
Jumlah sumbangan yang diterima melalui tabung solidariti bersama Selangor FC yang dibuka bermula 26 Jun hingga 2 Julai ditutup dengan jumlah RM76,490.06.
Malaysia akan terus suarakan hak Palestin di UNGA
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia akan terus menggunakan pentas antarabangsa untuk bersuara mengenai hak Palestin secara lantang.
Belum ada keperluan bawa balik tentera pengaman di Lubnan
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Wisma Putra sentiasa memantau keadaan di Semenanjung Gaza dan kawasan sekitar termasuk ketegangan yang berlaku di Lubnan.
PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu
Sejumlah 53.2 peratus pengundi yang ditemui menyatakan akan mengundi PH, manakala 43.0 peratus mengundi Perikatan Nasional (PN) dan selebihnya adalah pengundi atas pagar.
Da'i Syed tarik balik rayuan
Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
Kes tuntutan harta RM2 bilion balu Jamaludin Jarjis selesai cara baik
Kes tuntutan harta sepencarian lebih RM2 bilion yang difailkan oleh balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail, terhadap empat anak dan ibu mentuanya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
SPRM tahan reman dua pengarah babitkan rasuah projek lebuh raya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua lagi individu yang melibatkan dua pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.
Lelaki didakwa bunuh ibu
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau pada Rabu atas pertuduhan membunuh ibunya di sebuah rumah di Bahau, Negeri Sembilan bulan lepas.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Julai 2024.
![Mesyuarat pertama pasukan petugas sentuh konsep 'pengangkatan pokok' - Dr Zaliha Mesyuarat pertama pasukan petugas sentuh konsep 'pengangkatan pokok' - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719409804_pokoktumbang.jpg)
Mesyuarat pertama pasukan petugas sentuh konsep 'pengangkatan pokok' - Dr Zaliha
Perkongsian ilmu dan maklumat serta menilai amalan baik di negara lain diharapkan dapat menghasilkan satu garis panduan lebih komprehensif.