PADANG TERAP: Kerajaan akan mewujudkan Pusat Kecemerlangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di daerah Padang Terap yang akan melibatkan kos sebanyak RM15 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, komitmen itu merupakan salah satu usaha membangunkan daerah itu untuk menjadi antara bandar sempadan utama negara.
Tambah beliau, ia juga adalah usaha kerajan bagi melatih penduduk setempat untuk melibatkan diri dalam projek Bandar Getah Kedah (KRC) yang sedang dibangunkan di Padang Terap ketika ini.
"Kita juga akan bangunkan kawasan di sempadan negara, (termasuk) Kompleks ICQS (Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan, pembangunan bandar (yang terletak di) sempadan, selain pembangunan infrastruktur.
"Oleh kerana (daerah) Padang Terap berhampiran sempadan (negara Thailand), (iaitu) di Durian Burung, kita (pihak) kerajaan bercadang untuk bangunkan jalan empat lorong daripada Pokok Sena ke Bandar Durian Burung,
"Saya percaya dengan adanya ICQS (yang baharu), selain (projek) naik taraf lain dan jalan empat lorong, Insya-Allah Padang Terap akan lebih maju di mana Kuala Nerang akan jadi pilihan pelancong (dari) Thailand.
"(Selain itu) dengan adanya Kedah Rubber City (KRC) yang akan menjadikan Padang Terap kawasan industri, (turut) akan ada pertambahan pelancong, itulah komitmen kerajaan dalam memastikan Padang Terap menjadi antara daerah termaju di negeri Kedah,” kata Ismail Sabri.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis 'Kenuri' Rakyat Keluarga Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Nerang, di sini, pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, nilai dagangan membabitkan Malaysia dan Thailand kini telah mencecah angka RM103 bilion.
Daripada jumlah berkenaan, beliau berkata, sebanyak lebih RM44 bilion disumbangkan daripada aktiviti melibatkan perdagangan di kawasan sempadan negara.
Sehubungan itu, jelasnya, amat penting untuk memastikan, kawasan pekan-pekan kecil dan bandar yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand dibangunkan seiring dengan hasrat meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan luar bandar.
Abd Hadi Che Awang
Fri Sep 02 2022
![Padang Terap bakal miliki Pusat Kecemerlangan Risda - PM Padang Terap bakal miliki Pusat Kecemerlangan Risda - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662103457_PerdanaMenteri.jpg)
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri umumkan penubuhan Pusat Kecemerlangan Risda di daerah Padang Terap bernilai RM15 juta. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714826601_Penorehgetah.jpg)
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
![RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/81485252264_RISDAGeneric.jpg)
RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.
![Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71651064908_TBtokdettanaman.jpg)
Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan
Tahun lepas, RISDA memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar.
![Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/61568705223_TBSAIFUDDIN.jpg)
Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.
![11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu 11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592992493_mahkamah.jpg)
11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu
Semua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noriah Osman.
![Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51556064832_PETANI.jpg)
Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar
Pergetah Kedah berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.
![PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71496483963_NajibTunRazak.jpg)
PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil
Jumlah tersebut merangkumi 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) sebanyak RM38.16 juta dan 17,784 peserta Tanam Semula Komersial (TSK) sebanyak RM68.64 juta.