KUALA LUMPUR:Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap kuasa untuk membuat pertimbangan di luar kebiasaan seperti menutup sesi persekolahan secara fizikal diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya terdapat kes COVID-19 yang melibatkan murid atau guru.
Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pertimbangan sama juga harus diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbiran sekolah sendiri supaya tindakan pantas dapat diputuskan yang membabitkan penutupan operasi institusi itu.
Beliau berkata walaupun arahan penutupan sesebuah sekolah akibat COVID-19 dibuat atas saranan serta nasihat Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan namun JPN, PPD dan sekolah itu sendiri lebih maklum situasi sebenar termasuk keseriusan institusi tersebut berdepan ancaman COVID-19.
"Sebelum ini kita selalu mengambil pendekatan tunggu dan lihat yang kebiasaannya lambat untuk membuat keputusan sedangkan kita harus tahu menguruskan murid di sekolah ini tidak sama dengan orang dewasa, jadi tindakan pantas harus dilaksanakan.
"Apatah lagi jika keadaan itu sudah jelas menampakkan ketidakselesaan dalam kalangan murid dan juga guru maka keputusan segera harus dibuat, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Model Persekolahan Penjarakan Fizikal dan Model Pedagogi Penjarakan Fizikal Pandemik COVID-19 di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan mengenai 100 murid di Ampang yang diarahkan menjalani ujian swab COVID-19 di klinik kesihatan selepas seorang guru disahkan positif pandemik itu.
Bagaimanapun, difahamkan sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa kerana tiada arahan penutupan sekolah dikeluarkan JPN.
Ditanya sama ada aktiviti sukan dan kokurikulum perlu dihentikan buat sementara waktu susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah, beliau berkata pihak institusi itu sepatutnya diberikan kelonggaran untuk tidak meneruskan aktiviti tersebut jika berdepan risiko jangkitan tanpa dikenakan tindakan.
Aminuddin berkata NUTP dimaklumkan terdapat aduan daripada pihak sekolah yang diarah mengemukakan surat tunjuk sebab berikutan kegagalan menganjurkan aktiviti itu selaras dengan garis panduan pelaksanaaan aktiviti sukan dan kokurikulum yang dikeluarkan KPM sebelum ini.
"Walaupun ia kes terpencil namun pihak sekolah seharusnya ada pilihan, jika didapati berisiko boleh untuk tidak membuat aktiviti itu... kitapun faham aktiviti ini penting juga untuk menarik kedatangan murid ke sekolah, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020
Menurut NUTP, institusi itu sepatutnya diberi kelonggaran untuk tidak meneruskan aktiviti jika berdepan risiko jangkitan. -Gambar fail/ Bernama
Kumpulan fokus tumpu enam bidang tambah baik CPI Malaysia - Azam Baki
Kumpulan fokus yang baru ditubuhkan bakal memberikan tumpuan kepada enam bidang bagi menambah baik Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia.
Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Elon Musk sertai kempen Trump di Butler
Calon presiden Parti Republikan Donald Trump pada Sabtu membawa bilionair teknologi Elon Musk ke pentas kempen pilihan raya ketika bekas presiden itu kembali ke Butler.
AWANI Ringkas: Lebih RM260 juta Projek Tebatan Banjir Sibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Kerajaan Madani tidak lari dari landasan perlembagaan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
AWANI Ringkas: Golongan elit fobia bahasa kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akta 852: KKM yakin kadar merokok menurun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan
Kementerian Kesihatan yakin prevalens kebangsaan merokok mampu turun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan susulan penguatkuasaan Akta 852.
Akta 852: Langkah penting bentuk tingkah laku, pemikiran masyarakat
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang mula berkuat kuasa Selasa langkah dinantikan dan penting untuk negara.
Kawalan produk rokok: Akta 852 dikuatkuasakan secara berhemah - Dzulkefly
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan dikuatkuasakan secara berhemah dan munasabah.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Kematian doktor: KKM tidak bertoleransi kes buli kakitangan - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan bertoleransi dengan sebarang perbuatan buli terhadap kakitangannya.
Kes demam denggi menurun pada ME 35, empat kematian dilaporkan
Bilangan lokaliti 'hotspot' yang dilaporkan pada ME 35 sebanyak 64 lokaliti berbanding 85 pada minggu sebelumnya.
Mpox: 25 kes disahkan negatif, 6 masih dalam pemantauan - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.
Kementerian Kesihatan Gaza terima lebih 1 juta dos vaksin polio
Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan lewat Ahad bahawa pihaknya menerima 1.26 juta dos vaksin polio.
Kuat kuasa Akta 852 di fasa akhir, dapatkan kelulusan AGC - Dr Dzulkefly
KKM mengambil sikap untuk memastikan peraturan dan perintah di bawah akta itu diperhalusi secara lebih tuntas.
Produk Kopi Pejuang dikesan ada racun berjadual tadalafil - KKM
Produk Kopi Pejuang dikesan mengandungi tadalafil iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk.