KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Sabtu, berkongsi kenangan dan sejarah panjang beliau bersama Allahyarham Dr Syed Husin Ali, yang disifatkannya sebagai seorang sahabat, mentor dan guru yang hebat.
Menerusi nukilan penghormatan beliau di Facebook, Anwar mengimbau kembali kebijaksanaan yang dipamerkan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu menerusi syarahan, semasa Syed Husin berkhidmat sebagai profesor di Universiti Malaya (UM).
"Masih saya ingat dalam banyak sesi kuliah dan syarahannya saat menuntut di UM yang sarat dengan kebijaksanaan, yang berselirat dengan mesej yang mengajak untuk menegakkan keyakinan, dan itu juga bermaksud untuk bersikap kritikal, mempersoal status quo dan mendambakan sebuah sistem bermasyarakat -yakni sebuah tatanan - yang adil dan saksama," katanya.
Anwar berkata legasi yang ditinggalkan Syed Husin juga sangat besar dan luas, tidak hanya dalam bidang akademik, malah sebagai tokoh besar dalam lapangan sains sosial, penulis dan pemikir bersama Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang, terutama peranan mereka dalam Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).
Presiden PKR itu berkata Syed Husin juga merupakan individu yang berjuang sekerasnya untuk nasib mereka yang miskin, melarat dan tertindas, malah turut menjadi barisan paling hadapan dalam mendukung perjuangan warga di bandar.
"Susuk Syed Husin berjuang sekerasnya untuk nasib mereka yang miskin, melarat dan tertindas, sambil mempertaruhkan jiwanya dalam mendepani permasalahan kemiskinan dan perjuangan kaum tani seperti Hamid Tuah dan juga nasib kaum buruh di Selangor pada sekitar 1960-an.
"Dia berdiri tegak di situ, di barisan paling hadapan, terutamanya dalam mendukung perjuangan warga di bandar-bandar, petani di Baling, serta mahasiswa yang berjuang dalam mengangkat kepentingan rakyat," katanya.
Anwar berkata dalam bidang politik, Syed Husin terlibat secara progresif sebagai Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) dari 1990-2003, dan kemudian sebagai pengasas bersama serta Timbalan Presiden PKR yang memperkukuh prinsip keadilan dalam membentuk serta mencorak sebuah Malaysia yang lebih baik.
Dalam nukilan itu, Anwar menzahirkan rasa sedih dan pedih untuk menelan kenyataan bahawa pertemuan bersama Syed Husin seminggu yang lalu, adalah yang terakhir mereka.
"...dan saat penting itu akan terus melekat dalam ingatan dan sanubari yang terdalam. Justeru, saat mengenang sejarah panjang saya bersama beliau, saya terusik dengan rasa kagum dan keterujaan yang tinggi.
"Penghargaan setingginya buat Pak Syed kerana menjadi susuk guru yang luar biasa hebat, mentor dan juga sahabat.
"Semangat juangnya akan terus menyemarak di banyak sanubari, dan legasi besarnya itu akan terus mengemudi arah dan masa depan bangsa. Semoga Allah SWT melimpahkan belas kasihNya yang tidak terhingga ke atas roh Pak Syed, insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Anwar berkata legasi yang ditinggalkan Syed Husin juga sangat besar dan luas. - Gambar FB Anwar Ibrahim

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.

KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
KPKT akan meluaskan kerjasama dengan IPTA dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.

Kemelut kewangan Barcelona buat masa depan Dani Olmo tersepit
Pemain itu menyertai kelab itu dari RB Leipzig dalam perjanjian bernilai AS$60 juta (RM270j) pada musim panas lalu.

UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.

LIG Nex1 Korea Selatan lancar pejabat di Malaysia, sasar kepimpinan pertahanan serantau
Syarikat pertahanan terkemuka Korea Selatan, LIG Nex1 secara rasmi melancarkan pejabat cawangannya di Malaysia pada Jumaat.

ICBES 2024: Pakar rama-rama dari seluruh dunia berkumpul di Pulau Pinang
ICBES 2024 yang bermula hari ini menyediakan platform terbaik kepada peminat, penyokong pemuliharaan, pempamer dan pembekal untuk berkongsi minat terhadap rama-rama, pemuliharaan dan alam semula jadi.

Cetuskan momentum baharu dalam pembangunan zon ekonomi negara - Xi
Presiden China Xi Jinping baru-baru ini mengarahkan agar zon ekonomi dan teknologi kebangsaan melaksanakan konsep pembangunan baharu dengan fokus kepada modenisasi ala China.

DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.

Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar

Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 akan diadakan pada Jun tahun depan
Forum Ekonomi Wanita (WEF) ASEAN 2025 yang akan dijadualkan berlangsung dari 19-21 Jun, 2025 bertujuan menyokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.