Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X berkata, ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Katanya, mereka kini tinggal dalam runtuhan dan masa depan terancam jika hak mereka untuk mendapatkan pendidikan tidak dipulihkan.
Tambahnya, perang yang berlangsung selama lebih setahun juga menafikan hak asasi penduduk Palestin untuk hidup, keselamatan, dan maruah yang seharusnya dinikmati oleh semua.
Dalam kenyataan yang menyusul sempena Hari Hak Asasi Manusia itu, Lazzarini berkata, selain masa depan UNRWA dan pelarian Palestin dipertaruhkan, nilai-nilai yang terkandung dalam pengisytiharan hak asasi manusia sejagat turut diabaikan dengan ketara.
Ini termasuk ketidakpatuhan terhadap undang-undang antarabangsa khususnya di Gaza sejak 14 bulan lalu.
Selain itu, Lazzarini turut menyatakan bahawa hak asasi dan keadilan tidak seharusnya dilaksanakan secara berat sebelah, sebagaimana yang telah berulang kali disaksikan sepanjang konflik ini.
Ujarnya, komitmen dunia terhadap mereka adalah ujian kepada kemanusiaan bersama yang telah kita abaikan terlalu lama.