BATU GAJAH: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menetapkan sasaran 95 peratus perkhidmatan Loji Rawatan Kumbahan Serantau (RSTP) di bandar-bandar utama di negara ini menjelang 2030.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia selaras dengan dasar membangunkan sektor pembetungan negara selari dengan kepesatan pembangunan serta memenuhi ekspektasi rakyat.
Beliau berkata peningkatan akses kepada bekalan air bersih dan sanitasi merupakan Matlamat Pembangunan Mampan Nombor 6 (SDG 6) yang turut disokong oleh Kerajaan Persekutuan.
"Oleh itu, bagi mencapai matlamat SDG 6, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan besar dalam memastikan perancangan penyediaan infrastruktur pembetungan yang moden dan efisien secara berperingkat di seluruh negara.
"Ia merupakan keperluan asas kepada rakyat menjalani kehidupan yang lebih kondusif berdasarkan kepada prinsip keadilan sosial. Ini adalah sejajar dengan satu daripada Teras Strategik Utama Malaysia MADANI iaitu menjamin kesejahteraan insan," katanya berucap pada majlis perasmian RSTP Papan 2 di negeri Perak di Pusing di sini hari ini.
Nik Nazmi berkata pembinaan sistem rawatan kumbahan sempurna dan menaik taraf loji-loji rawatan sedia ada yang tidak efektif atau bersaiz kecil dan tiada keberkesanan kos, adalah antara tindakan dilaksanakan untuk mencapai tahap efluen yang mematuhi piawaian ditetapkan serta memenuhi keperluan pertambahan populasi negara.
Menurutnya, pembangunan perkhidmatan pembetungan di kawasan bandar yang berkepadatan tinggi adalah berlandaskan konsep serantau iaitu membina loji rawatan kumbahan dengan skala bersesuaian bagi menampung keperluan komuniti yang lebih ramai.
"Kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan secara skala ekonomi di samping mengurangkan pembinaan loji-loji kecil di kawasan pembangunan baharu," katanya.
Dalam sidang media kemudiannya, Nik Nazmi berkata projek RSTP Papan 2 yang menelan kos sebanyak RM453 juta merangkumi kawasan tadahan seluas 195 kilometer persegi melibatkan tiga kawasan utama iaitu bandar raya Ipoh, Gunung Rapat dan Menglembu.
"Projek ini mampu memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 penduduk dan mampu menampung sehingga 900,000 penduduk. Jumlah penduduk setara bagi keseluruhan kawasan tadahan dianggarkan akan meningkat kepada 1.5 juta penduduk setara menjelang 2045," katanya.
Menurut Nik Nazmi, pembinaan loji itu bukan sahaja dapat mengurangkan masalah sistem rawatan kumbahan sedia ada yang bersaiz kecil dan tidak efisien malah membolehkan penyambungan ke sistem rangkaian paip pembetungan daripada kawasan pembangunan baharu.
Sementara itu, mengulas mengenai keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini, Nik Nazmi berkata beliau akan memberi penerangan secara terperinci di Dewan Rakyat, Isnin depan.
"Saya akan bagi penerangan di Parlimen dan menjawab soalan-soalan yang akan dibangkitkan daripada wakil kerajaan dan pembangkang.
"Jadi, Isnin ini saya akan bagi kemas kini mengenai status terkini keadaan jerebu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023

Nik Nazmi melihat pelan pembinaan selepas majlis Perasmian Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembentungan Papan 2 di Taman Puspa Indah, Pusing hari ini. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan Malaysia lancar prospektus tenaga lestari di COP28
Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global.

Kerajaan belanja AS$3 juta geran GCF untuk pelan adaptasi kebangsaan mengenai perubahan iklim -- Nik Nazmi
Kerajaan akan membelanjakan AS$3 juta (AS$1=RM4.66) dalam bentuk geran daripada Dana Iklim Hijau (GCF) untuk membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (NAP) mengenai perubahan iklim.

Malaysia pertimbang mekanisme RFI untuk kurangkan karbon arang batu
Malaysia sedang mempertimbangkan secara aktif mekanisme permintaan maklumat (RFI) untuk pengurangan karbon arang batu.

Aktiviti guna tanah mungkin punca banjir puing di Bukit Tinggi
NRECC memaklumkan aktiviti guna tanah itu menjadi penyumbang kepada kadar hakisan tanah yang tinggi.

Kerajaan agih RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka hadapi banjir
Kerja-kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.

NRECC tubuh jawatankuasa kaji isu jerebu rentas sempadan
NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).

Sistem e-Tanah diperluas ke Selangor
Antara kelebihan Sistem e-Tanah adalah penggunaan teknologi sesawang yang boleh diakses tanpa sempadan masa dan tempat.

31 kawasan 'hotspot' tanah runtuh dikenal pasti di seluruh negara - JMG
Datuk Zamri Ramli, pihaknya telah melaksanakan pemantauan terhadap 254 cerun kritikal di seluruh negara.

Malaysia minat bangun projek perintis mitigasi banjir dengan Belanda
Malaysia berhasrat untuk memperluaskan kerjasama dengan Belanda khususnya membangunkan projek perintis yang boleh dilaksanakan dalam bidang mitigasi dan agenda ketahanan iklim.

Kerajaan Persekutuan cadang henti pembayaran EFT jika pengubahsuaian KSAS di Kelantan diteruskan
NRECC bercadang menghentikan pembayaran EFT kepada Kelantan sekiranya cadangan pengubahsuaian garis panduan KSAS di negeri itu diteruskan, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.