KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).
NRECC dalam kenyataan memaklumkan satu bengkel juga akan diadakan bagi mengkaji serta mendalami semua idea dan dijadual berlangsung selepas Persidangan ke-28 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim (COP 28).
"Dalam usaha untuk mencari penyelesaian, satu jawatankuasa terdiri daripada jabatan-jabatan Kementerian, pakar, badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli panel penasihat dan konsultasi akan ditubuhkan untuk mengkaji isu ini.
"NRECC sekali lagi menegaskan bahawa kementerian ini tidak menutup pintu terhadap cadangan penggubalan rang undang-undang sebagai mekanisme untuk menangani isu jerebu rentas sempadan," menurut kenyataan itu.
NRECC juga sedang dalam fasa pengumpulan maklum balas dari agensi kerajaan, Jabatan Peguam Negara dan NGO bagi mendapat pandangan pelbagai sudut merangkumi langkah jangka masa pendek dan panjang dalam menangani masalah jerebu merentas sempadan.
"Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad secara konsisten telah menyatakan bahawa penggubalan undang-undang THA perlu diteliti secara menyeluruh mengambil kira segala cabaran dan sekatan khususnya kebolehlaksanaan akta ini berdasarkan pengalaman negara-negara yang sudah mempunyai akta sama seperti Singapura," menurut kenyataan itu.
NRECC memaklumkan terdapat contoh instrumen perundangan paling berjaya setakat ini iaitu Perjanjian Kualiti Udara Kanada-Amerika Syarikat kerana kedua-dua negara terlibat mampu menerimanya dan terdapat sebuah badan untuk menguruskan perjanjian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA). - Gambar hiasan/BERNAMA

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.

Kerajaan Malaysia lancar prospektus tenaga lestari di COP28
Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global.

Kerajaan belanja AS$3 juta geran GCF untuk pelan adaptasi kebangsaan mengenai perubahan iklim -- Nik Nazmi
Kerajaan akan membelanjakan AS$3 juta (AS$1=RM4.66) dalam bentuk geran daripada Dana Iklim Hijau (GCF) untuk membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (NAP) mengenai perubahan iklim.

Malaysia pertimbang mekanisme RFI untuk kurangkan karbon arang batu
Malaysia sedang mempertimbangkan secara aktif mekanisme permintaan maklumat (RFI) untuk pengurangan karbon arang batu.

Aktiviti guna tanah mungkin punca banjir puing di Bukit Tinggi
NRECC memaklumkan aktiviti guna tanah itu menjadi penyumbang kepada kadar hakisan tanah yang tinggi.

Kerajaan agih RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka hadapi banjir
Kerja-kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.

NRECC tubuh jawatankuasa kaji isu jerebu rentas sempadan
NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).

Sistem e-Tanah diperluas ke Selangor
Antara kelebihan Sistem e-Tanah adalah penggunaan teknologi sesawang yang boleh diakses tanpa sempadan masa dan tempat.

31 kawasan 'hotspot' tanah runtuh dikenal pasti di seluruh negara - JMG
Datuk Zamri Ramli, pihaknya telah melaksanakan pemantauan terhadap 254 cerun kritikal di seluruh negara.

Malaysia minat bangun projek perintis mitigasi banjir dengan Belanda
Malaysia berhasrat untuk memperluaskan kerjasama dengan Belanda khususnya membangunkan projek perintis yang boleh dilaksanakan dalam bidang mitigasi dan agenda ketahanan iklim.

Kerajaan Persekutuan cadang henti pembayaran EFT jika pengubahsuaian KSAS di Kelantan diteruskan
NRECC bercadang menghentikan pembayaran EFT kepada Kelantan sekiranya cadangan pengubahsuaian garis panduan KSAS di negeri itu diteruskan, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.