BUTTERWORTH: Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mengagihkan sejumlah RM100 juta kepada semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan luar jangka dalam menghadapi fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini dan berlarutan sehingga Mac 2024.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerja-kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.
Beliau berkata semua peruntukan itu telah pun selesai diagihkan menerusi tiga fasa bagi membolehkan projek berkenaan segera dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat serta melindungi keselamatan harta benda daripada bencana banjir.
"RM100 juta yang dibelanjakan itu adalah untuk seluruh negara dan diagihkan mengikut keperluan di negeri terbabit dan Pulau Pinang menerima RM5 juta.
"Selain kerja-kerja pemulihan struktur, kita turut mengambil inisiatif dengan menambah bilangan pam bergerak dan pam itu berfungsi untuk mempercepatkan aliran air banjir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Taman Siakap, di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha NRECC Dr Ching Thoo Kim dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang Mohd Nazri Yasmin.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata sebanyak RM20 juta peruntukan diluluskan Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk melaksanakan RTB Taman Siakap dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan telah pun dimulakan 21 Ogos lalu dengan jangkaan siap pada 20 Ogos 2025.
"Komponen utama projek ini adalah kerja menaik taraf dua rumah pam, pembinaan tembok banjir, menaik taraf pembentung Lebuhraya Kurau kepada jambatan serta kerja-kerja berkaitan.
"Projek ini menyediakan tahap perlindungan banjir sehingga 100 tahun ARI (Purata Selang Ulangan) dan akan memberi manfaat kepada 8,000 penduduk di dalam kawasan sub-lembangan tersebut," katanya.
Selain itu, beliau berkata RTB Lembangan Sungai Pinang juga sedang dalam pelaksanaan melibatkan kos RM114.8 juta manakala empat lagi dalam peringkat prapelaksanaan iaitu RTB Sungai Kechil di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), RTB Banjir Teluk Bahang, RTB Pondok Upeh dan Sungai Burung di Daerah Barat Daya serta RTB Sungai Dua Besar di Daerah Timur Laut.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan MTL atau musim tengkujuh di negara ini akan bermula pada 11 Nov dan berterusan sehingga Mac 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) meninjau tapak pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Taman Siakap hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kerajaan agih RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka hadapi banjir
Kerja-kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.