DUBAI: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) hari ini melancarkan prospektus Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia untuk menunjukkan hasrat strategik Malaysia dalam memajukan "peralihan tenaga yang adil" pada Persidangan ke-28 Pelbagai Pihak (COP28) di sini.
Prospektus itu berfungsi sebagai ekspresi keterbukaan Malaysia terhadap kerjasama antarabangsa, menggariskan usaha meluas yang telah diambil oleh negara dalam mengubah sistem tenaganya menjadi satu dengan jejak karbon yang lebih rendah serta komitmen berterusannya dalam memastikan peralihan yang adil dan bertanggungjawab.
Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global, khususnya Perjanjian Paris dan keperluan untuk memperkukuh kepelbagaian ekonomi dan keselamatan tenaga.
"Pelancaran prospektus Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia menandakan komitmen kami ke arah peralihan tenaga dengan rancangan untuk mempercepatkan penyahkarbonan dalam penjanaan tenaga, membangunkan grid moden dan fleksibel, serta menerima inovasi dan memperkasakan pengguna.
"Dengan ini, kami mengalu-alukan kerjasama perdagangan, teknikal dan dasar dengan rakan kongsi global dalam usaha kolektif kami untuk sistem tenaga rendah karbon dan masa depan yang mampan," katanya semasa majlis pelancaran prospektus berkenaan di Pavilion Malaysia pada COP28.
Nik Nazmi berkata menyedari peranan penting tenaga dalam cabaran iklim, Malaysia mengakui bahawa tindakan secara berkerjasama dalam industri adalah penting dalam perjalanannya untuk mempercepatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui kepada 70 peratus pada 2050 daripada 25 peratus pada masa ini.
"Matlamat ini sejajar dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di bawah Perjanjian Paris, menyasarkan pengurangan 45 peratus dalam intensiti karbon kepada KDNK pada 2030 berbanding paras 2005," tambahnya.
Prospektus itu dibangunkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Suruhanjaya Tenaga (ST), Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) serta Tenaga Nasional Bhd (TNB). Ia membentangkan rancangan dan strategi Malaysia untuk syarikat-syarikat berkaitan tenaga memulakan dan menyumbang kepada aspirasi negara bagi mencapai peralihan tenaga yang mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023

Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global, khususnya Perjanjian Paris dan keperluan untuk memperkukuh kepelbagaian ekonomi dan keselamatan tenaga. - BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kerajaan Malaysia lancar prospektus tenaga lestari di COP28
Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global.

Kerajaan belanja AS$3 juta geran GCF untuk pelan adaptasi kebangsaan mengenai perubahan iklim -- Nik Nazmi
Kerajaan akan membelanjakan AS$3 juta (AS$1=RM4.66) dalam bentuk geran daripada Dana Iklim Hijau (GCF) untuk membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (NAP) mengenai perubahan iklim.

Malaysia pertimbang mekanisme RFI untuk kurangkan karbon arang batu
Malaysia sedang mempertimbangkan secara aktif mekanisme permintaan maklumat (RFI) untuk pengurangan karbon arang batu.

Aktiviti guna tanah mungkin punca banjir puing di Bukit Tinggi
NRECC memaklumkan aktiviti guna tanah itu menjadi penyumbang kepada kadar hakisan tanah yang tinggi.

Kerajaan agih RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka hadapi banjir
Kerja-kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.

NRECC tubuh jawatankuasa kaji isu jerebu rentas sempadan
NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).

Sistem e-Tanah diperluas ke Selangor
Antara kelebihan Sistem e-Tanah adalah penggunaan teknologi sesawang yang boleh diakses tanpa sempadan masa dan tempat.

31 kawasan 'hotspot' tanah runtuh dikenal pasti di seluruh negara - JMG
Datuk Zamri Ramli, pihaknya telah melaksanakan pemantauan terhadap 254 cerun kritikal di seluruh negara.

Malaysia minat bangun projek perintis mitigasi banjir dengan Belanda
Malaysia berhasrat untuk memperluaskan kerjasama dengan Belanda khususnya membangunkan projek perintis yang boleh dilaksanakan dalam bidang mitigasi dan agenda ketahanan iklim.

Kerajaan Persekutuan cadang henti pembayaran EFT jika pengubahsuaian KSAS di Kelantan diteruskan
NRECC bercadang menghentikan pembayaran EFT kepada Kelantan sekiranya cadangan pengubahsuaian garis panduan KSAS di negeri itu diteruskan, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.