KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Kerajaan Malaysia akan mengambil tanggungjawab untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejumlah AS$3 bilion, jika syarikat itu gagal berbuat demikian.
Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, 57, berkata demikian ketika merujuk kepada surat sokongan kerajaan kepada 1MDB bertarikh 14 Mac 2013 yang ditandatangani Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan ketika itu.
Beliau berkata surat itu menyatakan kerajaan Malaysia telah mengambil maklum bahawa anak syarikat 1MDB, iaitu 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL) akan menerbitkan bon sebanyak AS$3 bilion yang akan dibayar sepenuhnya pada 2023.
"Dokumen (surat) ini menjelaskan, sekiranya peminjam 1MDB GIL tidak dapat membayar atau terdapat kekurangan dalam membayar hutang ini, syarikat 1MDB akan memberikan bantuan kewangan untuk memenuhi tanggungjawab membayar hutang itu.
"Selain itu, sekiranya 1MDB gagal untuk membayar hutang berkenaan, maka kerajaan Malaysia akan mengambil tanggungjawab itu untuk membiayai 1MDB untuk membayar hutang ataupun secara langsung membayar hutang itu sehingga selesai.
"Dalam erti kata lain, surat sokongan ini adalah seperti sokongan kuat dari kerajaan Malaysia untuk membayar AS$3 bilion bon berserta 'interest' yang diwujudkan oleh 1MDB melalui 1MDB GIL," katanya sambil menambah surat sokongan itu dikeluarkan oleh kerajaan dengan kadar yang sangat cepat.
Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata demikian pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.
Ismee yang membacakan pernyataan saksi setebal 111 muka berkata, kelulusan untuk membuat 'fundraising' sebanyak AS$3 bilion telah dicapai pada Resolusi Ahli Lembaga Pengarah (DCR) bertarikh 12 Mac 2013 manakala surat sokongan dikeluarkan pada 14 Mac 2013.
Saksi itu berkata, hampir kesemua keputusan yang dicapai oleh 1MDB bagi menjayakan 'fundraising' AS$3 bilion itu adalah melalui DCR dan Special Right Redeemable Preference Shareholders Resolution (SRR).
"Sepatutnya, sesuatu keputusan yang ingin dicapai boleh dibuat sama ada melalui mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) atau melalui DCR dan SRR. Bagaimanapun sekiranya sesuatu keputusan diperlukan dengan kadar segera maka lazimnya ia akan dibuat melalui DCR dan SRR.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Najib berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses turun taraf dokumen sulit - TPR
Dokumen sulit berkenaan adalah bagi perbicaraan berhubung enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion terhadap Najib dan Mohd Irwan.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Badan Peguam gagal cabar pengurangan penjara dan denda Najib
Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mendapati permohonan Badan Peguam, tidak boleh diputuskan oleh mahkamah atau melalui prinsip undang-undang.
Isu tahanan di rumah, Titah Adendum hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan akta tahanan di rumah dan Titah Adendum yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menghangatkan sesi Dewan Rakyat pada Rabu.
RUU tahanan rumah, KDN beri penjelasan Khamis ini
KDN akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).