Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan mesyuarat dua hala pertamanya dengan Presiden Vietnam, Tran Dai Quang, yang mengambil alih jawatan pada April tahun lepas.
Mesyuarat selama 30 minit itu berlangsung di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 di sini, hari ini.
Najib mengucapkan tahniah kepada Tran atas penganjuran AELM dan memuji pembangunan bandar pesisir pantai itu.
Mesyuarat tersebut, antara lain, membincangkan perdagangan antara kedua-dua negara memandangkan Malaysia dan Vietnam sebelum ini telah bersetuju untuk mempertingkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik.
Sejak 10 tahun lepas, perdagangan dua hala Malaysia-Vietnam meningkat lebih tiga kali ganda kepada US$10.3 bilion (US$1=RM4.19) pada 2016 daripada US$3.2 bilion pada 2006.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Vietnam meningkat 10.8 peratus kepada US$10.3 bilion pada 2016 daripada US$9.3 bilion pada 2015.
Vietnam merupakan rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia pada 2016, manakala Januari hingga Ogos 2017, Vietnam adalah rakan dagang ke-13 terbesar Malaysia dan destinasi eksport utama ke-10.
Terdahulu, dalam sidang media, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Vietnam merupakan antara negara yang pantas membangun dan penerima pelaburan langsung asing terbesar dalam ASEAN.
"Pelaburan terbesar daripada syarikat Malaysia di Vietnam ialah Gamuda (Gamuda Land) dalam pembangunan perbandaran di Hanoi dan Ho Chi Mihn. Mereka sudah sembilan tahun beroperasi di Vietnam.
"Manakala Da Nang antara bandar yang sedang pesat membangun di Vietnam dan terdapat beberapa syarikat Malaysia yang beroperasi di sini termasuk Tan Chong dan syarikat pembuat lilin dari Sungai Petani," katanya.
Berdasarkan Rangka Kerja Perdagangan ASEAN dalam Perjanjian Barangan, Malaysia dan Vietnam komited untuk mencapai hubungan ekonomi yang lebih kukuh, yang termasuk meningkatkan perdagangan, mengurangkan kos perniagaan, mewujudkan pasaran lebih luas dengan peluang lebih baik dan menguntungkan dari segi kos yang lebih besar bagi perniagaan negara-negara anggota.
Kedua-dua negara turut bersetuju untuk memperluaskan kerjasama dalam pertahanan dan keselamatan termasuk bagi usaha menangani keganasan, membanteras lanun dan jenayah antarabangsa pada Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam, Tran Dai Quang sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Da Nang, hari ini, 9 Nov 2017. --fotoBERNAMA
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Lawatan sulung PM ke Amerika Latin, bakal terima pingat tertinggi Republik Peru
Lawatan yang akan bermula 13 November adalah seiring Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang ke-31.
APEC: PM utara tiga cadangan usaha strategik pacu ekonomi rantau Asia Pasifik
Ia termasuk memperkukuhkan kerjasama pelbagai hala antara negara APEC khasnya dalam pengurusan pandemik COVID-19.
PM ketua delegasi Malaysia di pemukiman tidak rasmi ketua-ketua APEC esok
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai delegasi Malaysia pada Pemukiman Tidak Rasmi Ketua-ketua Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadual diadakan secara maya pada 16 Julai.
21 pemimpin APEC nyata komitmen, mudahkan cara akses vaksin COVID-19
Kesemua 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan komitmen untuk saling bekerjasama dan menyokong satu sama lain dalam usaha mendapatkan vaksin COVID-19
APEC 2020: Deklarasi Kuala Lumpur cerminan aspirasi keanggotaan
Ini seiring dengan usaha Malaysia dalam menjuarai kerangka bahawa ekonomi global yang mengambil kira kemajuan ekonomi melangkaui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
APEC 2020 secara maya, Malaysia menimba pengalaman luar biasa.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, selepas 22 tahun, kali ini Malaysia menimba pengalaman yang luar biasa.
APEC 2020: Visi peringkat tertinggi mampu dicapai - Pengerusi SOM
Malaysia selaku tuan rumah APEC 2020 percaya bahawa kesemua 21 anggota ekonomi akan bersatu dalam usaha merumuskan pernyataan visi peringkat tinggi APEC bulan depan.
Najib adakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Vietnam
Mesyuarat selama 30 minit itu berlangsung di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 di sini, hari ini.
Najib tiba di Beijing untuk sidang kemuncak APEC
AELM yang akan dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping, bertemakan 'Mencorak Masa Depan menerusi Kerjasama Asia Pasifik'.