KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengutarakan tiga cadangan sebagai usaha strategik memacu semula rantau Asia Pasifik dalam era pascapandemik.
Ujar beliau dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (AELM) pada Jumaat, antara tiga cadangan tersebut termasuk memperkukuhkan kerjasama pelbagai hala antara negara dalam Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) khasnya dalam pengurusan pandemik COVID-19 ketika ini.
"Kita perlu melihat lebih mendalam hala tuju secara multilateral pemberian vaksin melalui kerjasama dekat antara negara dalam pengagihan dan pengiktirafan (vaksin COVID-19).
"Pengurusan berkesan dalam tempoh pandemik ini memerlukan keadilan, kesaksamaan dan perolehan vaksin yang berpatutan bagi semua individu. Ini bagi memastikan tiada yang tertinggal dalam mendapatkannya.
"Langkah vaksinasi secara multilateral ini adalah penting sebagai langkah dalam menentang COVID-19 serta menyediakan apa yang penting untuk pemulihan (ekonomi) yang lestari," kata beliau.
Sehubungan itu, tambah Ismail Sabri, dasar perdagangan adalah penting dalam menjayakan agenda itu dan langkah strategik perlu disediakan dalam menangani sebarang cabaran yang datang bersamanya.
Dalam pada itu, untuk menambah baik akses kepada vaksin, Ismail Sabri menegaskan semua pihak perlu menghentikan diskriminasi membabitkan jenis vaksin.
"Malaysia terus meluluskan vaksin yang diberikan 'lampu hijau' oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Oleh yang demikian, kebebasan pemberiannya adalah penting bagi memulihkan ekonomi. Malaysia menggesa APEC untuk membangunkan pengiktirafan bersama terhadap sijil vaksin dalam kalangan ahli," jelasnya.
Ujar beliau dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern itu lagi, pembukaan sempadan secara berperingkat antara negara juga memainkan peranan penting dalam memacu kadar pemberian vaksinasi ketika tempoh ini
"Membuka semula sempadan antarabangsa sudah semestinya akan merangsang perjalanan dan sektor pelancongan, yang juga merupakan antara yang paling teruk terjejas akibat dilanda pandemik COVID-19 dan ini seterusnya akan memacu pemulihan ekonomi.
"Saya berbesar hati untuk berkongsi, bahawa rakyat Malaysia yang sudah lengkap divaksinasi telah dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke luar negara sejak akhir bulan lepas.
"Pengunjung luar (juga) dibenarkan untuk melawat Malaysia dibawah arahan keselamatan yang ketat.
"Bermula 29 November, Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Malaysia dan Singapura juga akan diimplementasikan. Malaysia juga dalam perancangan melaksanakan Laluan Perjalanan Koridor (TCA) bersama Indonesia," kata beliau lagi.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar sebuah mekanisme koheren diwujudkan terutama berkaitan pengawalseliaan yang sesuai untuk perjalanan yang selamat, mudah dan lancar di peringkat serantau menerusi APEC.
Cadangan terakhir beliau pula adalah berkaitan aspek pendigitalan serta pertumbuhan hijau yang penting untuk memacu masa depan rantau itu ke arah yang mampan dan berdaya tahan.
"Pandemik COVID-19 jelas telah mentransformasikan digital dan penggunaan teknologi dalam setiap aspek kehidupan kita. Penyelesaian inovatif adalah keperluan ketika ini yang mana sebahagian besarnya, menyumbang kepada kelangsungan perniagaan, pekerjaan, pemeliharaan, peluang-peluang baharu buat kumpulan tidak formal dan mempercepatkan pembangunan ekonomi gig," jelas beliau dalam sesi sama.
Pada akhir AELM itu, kalangan Pemimpin Ekonomi APEC mengesahkan Deklarasi Pemimpin Ekonomi APEC 2021 selain mengangkat Pelaksanaan Pelan Wawasan Putrajaya 2040 bagi merangka trajektori APEC dalam tempoh dua dekad akan datang.
Nickyson Nyambar
Fri Nov 12 2021

Ismail Sabri berkata, ahli APEC perlu bekerjasama dengan lebih rapat dalam memacu aspek ekonomi dan sosial rantau itu ketika era pandemik COVID-19 ini. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Lawatan sulung PM ke Amerika Latin, bakal terima pingat tertinggi Republik Peru
Lawatan yang akan bermula 13 November adalah seiring Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang ke-31.

APEC: PM utara tiga cadangan usaha strategik pacu ekonomi rantau Asia Pasifik
Ia termasuk memperkukuhkan kerjasama pelbagai hala antara negara APEC khasnya dalam pengurusan pandemik COVID-19.

PM ketua delegasi Malaysia di pemukiman tidak rasmi ketua-ketua APEC esok
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai delegasi Malaysia pada Pemukiman Tidak Rasmi Ketua-ketua Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadual diadakan secara maya pada 16 Julai.

21 pemimpin APEC nyata komitmen, mudahkan cara akses vaksin COVID-19
Kesemua 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan komitmen untuk saling bekerjasama dan menyokong satu sama lain dalam usaha mendapatkan vaksin COVID-19

APEC 2020: Deklarasi Kuala Lumpur cerminan aspirasi keanggotaan
Ini seiring dengan usaha Malaysia dalam menjuarai kerangka bahawa ekonomi global yang mengambil kira kemajuan ekonomi melangkaui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

APEC 2020 secara maya, Malaysia menimba pengalaman luar biasa.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, selepas 22 tahun, kali ini Malaysia menimba pengalaman yang luar biasa.

APEC 2020: Visi peringkat tertinggi mampu dicapai - Pengerusi SOM
Malaysia selaku tuan rumah APEC 2020 percaya bahawa kesemua 21 anggota ekonomi akan bersatu dalam usaha merumuskan pernyataan visi peringkat tinggi APEC bulan depan.

Najib adakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Vietnam
Mesyuarat selama 30 minit itu berlangsung di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 di sini, hari ini.

Najib tiba di Beijing untuk sidang kemuncak APEC
AELM yang akan dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping, bertemakan 'Mencorak Masa Depan menerusi Kerjasama Asia Pasifik'.