KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai delegasi Malaysia pada Pemukiman Tidak Rasmi Ketua-ketua Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadual diadakan secara maya pada 16 Julai (esok).
Pemukiman Tidak Rasmi itu yang dijangka dihadiri oleh 21 pemimpin APEC, akan berfungsi sebagai peluang penting bagi semua ekonomi untuk menunjukkan respons kolektif dalam bekerjasama untuk melindungi kesejahteraan masyarakat di rantau ini ketika mereka terus berjuang memerangi pandemik COVID-19.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, Perdana Menteri dijangka mengetengahkan pandangan kuat Malaysia mengenai pentingnya untuk memperkukuhkan kerjasama global ke arah vaksin COVID19 yang adil, berpatutan dan dapat diakses untuk semua.
Selain itu, terdapat juga keperluan mendesak untuk kerjasama yang lebih rapat dalam memudahkan pergerakan barangan penting/perlu termasuk vaksin, tambahnya.
"Kerjasama strategik di kalangan ekonomi APEC dalam memulihkan perjalanan rentas sempadan di rantau Asia Pasifik untuk mempercepat pemulihan ekonomi adalah elemen penting lain yang akan diketengahkan oleh perdana menteri," kata kenyataan itu.
Pemungkiman tidak rasmi itu yang secara tradisinya diadakan pada bulan November setiap tahun bagi Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) tahunan akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.
Acara ini menyediakan pendekatan signifikan bagi para pemimpin untuk bertukar pandangan mengenai kemungkinan kerjasama segera dalam memulihkan kesihatan rakyat dan pada masa sama mempercepatkan pemulihan ekonomi.
Perbincangan strategik ini akan menjadi landasan untuk pertemuan mereka yang berikutnya pada bulan November.
MITI turut memberitahu, para pemimpin akan terlibat dalam perbincangan terbuka interaktif yang berkisar pada perspektif global mengenai pemulihan ekonomi dan membendung pandemik, dengan pakar yang dijemput Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Kristalina Georgieva dan Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Michael Ryan.
"Ketika ekonomi APEC berusaha gigih untuk membangun kembali ekonomi masing-masing yang terjejas dilanda pandemik, pemukiman tidak rasmi ini juga akan membolehkan para pemimpin bertukar pandangan dan berunding mengenai peluang kerjasama yang boleh dimanfaatkan oleh APEC secara kolektif dalam menangani cabaran semasa dan bergerak ke arah masa depan yang lebih baik," katanya.
Pada akhir pemukiman tidak rasmi itu, para pemimpin dijangka menggunakan Pernyataan Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC yang akan menyokong pemulihan yang pesat, lestari dan inklusif tanpa meminggirkan sesiapa pun. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 15 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengetengahkan pandangan kuat Malaysia mengenai pentingnya untuk memperkukuhkan kerjasama global ke arah vaksin COVID-19 yang adil. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

APEC kembali ke Korea Selatan selepas 20 tahun, tumpukan inovasi, pendigitalan, kemampanan
Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.

Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.

China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.

Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.

Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.

Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.

Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.

APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.

Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."

Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.