Malah Anwar berkata beliau amat teruja apabila dapat menghadiri sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka yang menimpa dunia.
"Ini juga adalah satu daripada beberapa sesi APEC, yang turut menyentuh kekejaman ketara terhadap penduduk Gaza, yang adakalanya kita pilih untuk abaikan, jelas bertentangan dengan semangat kemanusiaan yang sebenar," katanya pada sesi intervensi Pemukiman Pemimpin Ekonomi APEC di sini.
Anwar yang tiba di sini pada 12 Nov untuk Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW), sebelum ini mengaitkan isu itu dengan prinsip perdagangan bebas yang tidak sepatutnya menafikan hak rakyat Palestin.
AELW berakhir hari ini.
-- BERNAMA