"Kita memerlukan lebih banyak kerjasama dan persefahaman, serta mengurangkan perpecahan.
"Sidang kemuncak kita hari ini dapat menyumbang kepada pengukuhan kerjasama pelbagai hala dalam konteks di mana pelbagai cabaran yang kita hadapi semakin meningkatkan tahap ketidaktentuan mengenai masa depan," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Boluarte.
Sidang kemuncak ini menghimpunkan 21 ekonomi utama yang mewakili 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, dengan hari terakhirnya dijadualkan pada 16 Nov.
Di Amerika Selatan, sekutu dan pesaing sama-sama mengambil bahagian dengan matlamat yang sama untuk kemajuan dan pembangunan bersama.
Boluarte mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping.
"Untuk bergerak ke arah pertumbuhan yang kukuh, seimbang, selamat, mampan dan inklusif, adalah penting untuk memahami pertumbuhan sebagai satu proses yang bersepadu. Ciri-ciri pertumbuhan tidak boleh dianggap secara berasingan," katanya.
Ini merupakan kali ketiga Peru menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak APEC.
-- BERNAMA