Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini Ahad malam untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) selama dua hari bermula Isnin.
AELM yang akan dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping, bertemakan 'Mencorak Masa Depan menerusi Kerjasama Asia Pasifik'.
Ketibaan Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di sini pada kira-kira 8.20 malam waktu tempatan, disambut oleh Duta Besar Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin.
Hadir sama di lapangan terbang menyambut Perdana Menteri, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, para pegawai Jabatan Perdana Menteri, Pegawai Kedutaan (China) dan wakil pihak berkuasa tempatan Beijing.
Najib yang juga Menteri Kewangan, mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu.
Pada AELM ke-22, perdana menteri dijadual membincangkan tiga keutamaan APEC 2014: meningkatkan penyepaduan ekonomi serantau, mempromosi pembangunan inovatif, pembaharuan ekonomi dan mengukuhkan perhubungan secara menyeluruh serta pembangunan infrastruktur.
Selain itu, beliau dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala secara berturut-turut bagi membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Pertemuan penting ialah antara Perdana Menteri dengan pemimpin negara tuan rumah APEC tahun ini, Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menterinya Li Keqiang, sebelum dijadualkan menemui Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Terdahulu, Duta Besar Malaysia ke China, Iskandar memberitahu wartawan Malaysia bahawa pertemuan itu adalah yang kedua antara Najib dan Xi serta Li Keqiang dalam tempoh beberapa bulan tahun ini.
Pada kesempatan ini, ketiga-tiga pemimpin itu akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala dan lebih istimewa, kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik, dengan Najib melawat ke China pada Mei lepas, katanya.
"Peranan dan kepimpinan Malaysia tahun depan dan tahun-tahun berikutnya akan menjadi amat penting, lebih-lebih lagi negara akan menjadi pengerusi ASEAN tahun depan, dan Malaysia pula baru-baru ini terpilih sebagai antara lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)," katanya.
Mesyuarat tahunan ini akan menghimpunkan para pemimpin daripada kumpulan 21 ekonomi yang akan membincangkan pelbagai isu, termasuk strategi masa depan rantau, terutama mempromosi perdagangan dan liberalisasi pelaburan, memperkukuh penyepaduan ekonomi serta memudahkan pertumbuhan inovatif.
Ekonomi APEC menyumbang 45 peratus perdagangan dunia dan separuh daripada jumlah keluaran negara kasar.
Bernama
Sun Nov 09 2014

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor diiringi bekas Duta China ke Malaysia, Chai Xi (dua dari kiri) selamat tiba di China bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lapan

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Lawatan sulung PM ke Amerika Latin, bakal terima pingat tertinggi Republik Peru
Lawatan yang akan bermula 13 November adalah seiring Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang ke-31.

APEC: PM utara tiga cadangan usaha strategik pacu ekonomi rantau Asia Pasifik
Ia termasuk memperkukuhkan kerjasama pelbagai hala antara negara APEC khasnya dalam pengurusan pandemik COVID-19.

PM ketua delegasi Malaysia di pemukiman tidak rasmi ketua-ketua APEC esok
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai delegasi Malaysia pada Pemukiman Tidak Rasmi Ketua-ketua Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadual diadakan secara maya pada 16 Julai.

21 pemimpin APEC nyata komitmen, mudahkan cara akses vaksin COVID-19
Kesemua 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan komitmen untuk saling bekerjasama dan menyokong satu sama lain dalam usaha mendapatkan vaksin COVID-19

APEC 2020: Deklarasi Kuala Lumpur cerminan aspirasi keanggotaan
Ini seiring dengan usaha Malaysia dalam menjuarai kerangka bahawa ekonomi global yang mengambil kira kemajuan ekonomi melangkaui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

APEC 2020 secara maya, Malaysia menimba pengalaman luar biasa.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, selepas 22 tahun, kali ini Malaysia menimba pengalaman yang luar biasa.

APEC 2020: Visi peringkat tertinggi mampu dicapai - Pengerusi SOM
Malaysia selaku tuan rumah APEC 2020 percaya bahawa kesemua 21 anggota ekonomi akan bersatu dalam usaha merumuskan pernyataan visi peringkat tinggi APEC bulan depan.

Najib adakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Vietnam
Mesyuarat selama 30 minit itu berlangsung di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 di sini, hari ini.

Najib tiba di Beijing untuk sidang kemuncak APEC
AELM yang akan dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping, bertemakan 'Mencorak Masa Depan menerusi Kerjasama Asia Pasifik'.