Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti kewangan RM33,068.85 secara kolektif terhadap tujuh pusat tuisyen dan pusat penjagaan harian di kawasan SS19, Subang Jaya, kerana terlibat dalam aktiviti penetapan harga.
MyCC berkata, tujuh pengusaha tersebut telah melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) dengan memasuki perjanjian pada Mei 2017 untuk menetap dan menyeragamkan secara kolektif yuran yang dikenakan untuk perkhidmatan tuisyen dan penjagaan harian yang diberikan oleh pusat masing-masing.
Dalam keputusannya itu, MyCC berkata setiap syarikat terbabit diberi masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan untuk membayar penalti kewangan yang dikenakan.
Kesemua pihak terbabit juga dikehendaki untuk menghentikan segera kegiatan penetapan harga dan menolak perjanjian penetapan harga dengan serta-merta.
Mereka juga dikehendaki untuk mendaftar dan melengkapkan kursus e-Pembelajaran mengenai pematuhan persaingan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam tempoh satu bulan dari keputusan ini dikeluarkan.
Suruhanjaya itu berkata keputusan dibuat selepas mempertimbangkan penghujahan bertulis dan representasi lisan oleh pengusaha terbabit.
"Penetapan harga adalah perlakuan kartel yang serius. Ia memberi kesan kepada rakyat dan memaksa pengguna membayar harga yang tidak perlu.
"Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras terhadap mana-mana kartel untuk melindungi pengguna," kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail, dalam satu kenyataan hari ini.
Layari laman www.mycc.gov.my untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 29 2018

Kesemua pihak terbabit juga dikehendaki untuk menghentikan segera kegiatan penetapan harga dan menolak perjanjian penetapan harga dengan serta-merta. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MyCC cadang penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta terhadap FFM Bhd
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mencadangkan untuk mengenakan penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta ke atas FFM Bhd, anak syarikat 80 peratus PPB Group Bhd berikutan penemuan mengenai da

Hapuskan isu kartel, dua akta persaingan akan dipinda tahun depan - Rosol Wahid
Jelas Datuk Rosol Wahid, usaha itu sekali gus mengurangkan isu kartel dalam sektor perniagaan.

Armada sambut baik MyCC pantau platform penghantaran makanan
Biro Keusahawanan ARMADA Nasional menyambut usaha MyCC yang sedang memantau sekiranya terdapat platform penghantaran makanan melanggar Akta Persaingan 2010.

MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net
Dagang Net Technologies Sdn Bhd telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.

AS saman Google kerana monopoli tidak sah
Syarikat itu didakwa mencabuli Akta Persaingan bagi mengekalkan monopoli dalam enjin pencarian dan pengiklanan dalam talian.

MYCC kenakan penalti kewangan terhadap tujuh pusat tuisyen dan penjagaan
Setiap syarikat terbabit diberi masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan untuk membayar penalti kewangan yang dikenakan.

Grab jamin tiada kesan ke atas tambang
Penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab memberi jaminan penggabungan syarikat itu dengan Uber tidak akan memberi kesan terhadap tambang penumpang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nanc

Akta Persaingan dilihat sebagai jalan keluar bagi permasalahan rangkaian bekalan
Akta Persaingan yang telah diwartakan pada 2010 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan dilihat sebagai jalan keluar bagi permasalahan rangkaian bekalan.

MyCC beri amaran pengendali bas sekolah boleh dikenakan denda
Mana-mana ahli persatuan bas sekolah yang didapati mengambil bahagian serta bersetuju dalam penetapan harga secara kolektif mereka boleh dikenakan tindakan.