Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memberi amaran kepada pengendali-pengendali bas sekolah yang menaikkan harga tambang boleh dikenakan denda.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Shila Dorai Raj berkata mana-mana ahli persatuan bas sekolah yang didapati mengambil bahagian serta bersetuju dalam penetapan harga secara kolektif mereka boleh dikenakan tindakan.
“Tindakan itu merupakan pelanggaran terhadap Akta Persaingan 2010 dan boleh dikenakan penalti kewangan sehingga 10% daripada jumlah keseluruhan perolehan mereka.
“MyCC juga mungkin akan memberikan apa-apa arahan lain yang dianggap sesuai untuk memastikan pematuhan pada masa akan datang,” kata beliau.
Amaran itu diberikan selepas kira-kira 18,000 operator bas yang bernaung di bawah Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) bersetuju untuk menetapkan bersama kenaikan tambang bas sekolah sebanyak 30 peratus mulai tahun depan.
Sebelum ini Pengerusi MyCC, Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob, mengingatkan operator bas supaya menentukan struktur tambang bas mereka secara bebas dan tidak menetapkan struktur tambang bas bersama operator bas yang lain.
Beliau berkata perlakuan penetapan harga seperti itu adalah bertentangan dengan Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.
Seksyen 4 daripada Akta Persaingan 2010 melarang perusahaan, termasuk persatuan, dari menetapkan, secara langsung atau tidak langsung suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain bagi pembelian barangan dan perkhidmatan.
Berikutan penyahkawalan tambang bas sekolah oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini, pengendali-pengendali bas sekolah tidak akan terikat kepada satu struktur tambang tetap lagi tetapi bebas menentukan anggaran tambang masing-masing berdasarkan kos operasi mereka sendiri.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kelakuan oleh persatuan dan perusahaan perniagaan yang sedang atau telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti penetapan harga perlu menghubungi MyCC di +603-2273 2277 atau melalui e-mel di complaints@mycc.gov.my.
Astro Awani
Thu Oct 23 2014
![MyCC beri amaran pengendali bas sekolah boleh dikenakan denda MyCC beri amaran pengendali bas sekolah boleh dikenakan denda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/41393492991_295x200.jpg)
Ahli persatuan bas sekolah yang didapati mengambil bahagian serta bersetuju dalam penetapan harga secara kolektif boleh dikenakan tindakan. - Gambar fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![MyCC cadang penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta terhadap FFM Bhd MyCC cadang penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta terhadap FFM Bhd](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41584051388_benderamycc.jpg)
MyCC cadang penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta terhadap FFM Bhd
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mencadangkan untuk mengenakan penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta ke atas FFM Bhd, anak syarikat 80 peratus PPB Group Bhd berikutan penemuan mengenai da
![Hapuskan isu kartel, dua akta persaingan akan dipinda tahun depan - Rosol Wahid Hapuskan isu kartel, dua akta persaingan akan dipinda tahun depan - Rosol Wahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639378000_RosolWahid.jpg)
Hapuskan isu kartel, dua akta persaingan akan dipinda tahun depan - Rosol Wahid
Jelas Datuk Rosol Wahid, usaha itu sekali gus mengurangkan isu kartel dalam sektor perniagaan.
![Armada sambut baik MyCC pantau platform penghantaran makanan Armada sambut baik MyCC pantau platform penghantaran makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81588783709_armada.jpg)
Armada sambut baik MyCC pantau platform penghantaran makanan
Biro Keusahawanan ARMADA Nasional menyambut usaha MyCC yang sedang memantau sekiranya terdapat platform penghantaran makanan melanggar Akta Persaingan 2010.
![MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41584051388_benderamycc.jpg)
MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net
Dagang Net Technologies Sdn Bhd telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.
![AS saman Google kerana monopoli tidak sah AS saman Google kerana monopoli tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/51553085606_Google.jpg)
AS saman Google kerana monopoli tidak sah
Syarikat itu didakwa mencabuli Akta Persaingan bagi mengekalkan monopoli dalam enjin pencarian dan pengiklanan dalam talian.
![MYCC kenakan penalti kewangan terhadap tujuh pusat tuisyen dan penjagaan MYCC kenakan penalti kewangan terhadap tujuh pusat tuisyen dan penjagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51516361904_matawang.jpg)
MYCC kenakan penalti kewangan terhadap tujuh pusat tuisyen dan penjagaan
Setiap syarikat terbabit diberi masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan untuk membayar penalti kewangan yang dikenakan.
![Grab jamin tiada kesan ke atas tambang Grab jamin tiada kesan ke atas tambang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81522023645_UberGrab.jpg)
Grab jamin tiada kesan ke atas tambang
Penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab memberi jaminan penggabungan syarikat itu dengan Uber tidak akan memberi kesan terhadap tambang penumpang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nanc
![Akta Persaingan dilihat sebagai jalan keluar bagi permasalahan rangkaian bekalan Akta Persaingan dilihat sebagai jalan keluar bagi permasalahan rangkaian bekalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/71380353601_295x200.jpg)
Akta Persaingan dilihat sebagai jalan keluar bagi permasalahan rangkaian bekalan
Akta Persaingan yang telah diwartakan pada 2010 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan dilihat sebagai jalan keluar bagi permasalahan rangkaian bekalan.
![MyCC beri amaran pengendali bas sekolah boleh dikenakan denda MyCC beri amaran pengendali bas sekolah boleh dikenakan denda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/41393492991_295x200.jpg)
MyCC beri amaran pengendali bas sekolah boleh dikenakan denda
Mana-mana ahli persatuan bas sekolah yang didapati mengambil bahagian serta bersetuju dalam penetapan harga secara kolektif mereka boleh dikenakan tindakan.