KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan denda sebanyak RM10.3 juta terhadap Dagang Net Technologies Sdn Bhd kerana telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.
MyCC dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan mendapati Dagang Net telah melanggar Seksyen 10 (1) Akta Persaingan 2010 setelah mengenakan klausa eksklusif dalam urus niaga dengan pembekal perisian National Single Window (NSW) dari Oktober 2015 hingga November 2017.
"Perlakuan antipersaingan Dagang Net telah mengganggu persaingan dalam pasaran kerana menghalang perusahaan lain daripada menyediakan perkhidmatan serupa kepada pengguna akhir dalam sistem uCustoms yang sedang dibangunkan," menurut kenyataan itu.
Dagang Net, anak syarikat Dagang NeXchange Berhad merupakan penyedia perkhidmatan tunggal dalam penyediaan perkhidmatan fasilitasi perdagangan dalam talian bagi Sistem Maklumat Kastam di bawah NSW.
NSW adalah ekosistem berasaskan elektronik yang membolehkan dokumen dan transaksi yang berkaitan dengan urusan perkastaman dipindahkan secara elektronik antara komuniti perdagangan dan pihak pengawal selia di Malaysia melalui titik masuk tunggal.
MyCC telah memutuskan bahawa pengenaan klausa eksklusif merupakan penyalahgunaan kedudukan dominan Dagang Net di pasaran yang relevan, mengganggu atau menyekat persaingan dalam kalangan pesaing untuk memasuki pasaran uCustoms.
Menurut MyCC, Dagang Net turut diarahkan untuk menghentikan penglibatannya dalam perjanjian eksklusif pada masa hadapan yang boleh menghalang persaingan dalam penyediaan perkhidmatan fasilitasi perdagangan.
"MyCC juga mengarahkan agar pengarah-pengarah dan pihak pengurusan Dagang Net untuk mengikuti latihan pematuhan undang-undang persaingan atas kos mereka sendiri," jelas kenyataan itu.
Sementara itu, Pengerusi MyCC Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus menegaskan pemberian konsesi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan.
"Walaupun perkara ini boleh mengakibatkan kewujudan monopoli secara langsung atau tidak langsung, MyCC tidak akan sesekali bertoleransi sekiranya monopoli tersebut menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perlakuan antipersaingan," katanya.
Beliau memberi amaran bahawa MyCC akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana monopoli yang mensabotaj ekonomi Malaysia.
Keputusan bagi kes ini akan dipaparkan untuk tatapan umum melalui laman web www.mycc.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021
![MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41584051388_benderamycc.jpg)
Siasatan mendapati Dagang Net telah melanggar Seksyen 10 (1) Akta Persaingan 2010 setelah mengenakan klausa eksklusif dalam urus niaga dengan pembekal perisian. - Foto MyCC
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![Amaran buat kartel harga diesel, anda sedang diperhatikan! - MyCC Amaran buat kartel harga diesel, anda sedang diperhatikan! - MyCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719461187_IskandarIsmail.jpg)
Amaran buat kartel harga diesel, anda sedang diperhatikan! - MyCC
MyCC beri amaran kepada semua pemilik perniagaan jangan sesekali membuat pencatutan harga yang tidak munasabah sehingga membebankan rakyat.
![Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718026906_diesel.jpg)
Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel
MyCC menyatakan komitmen untuk memastikan amalan pasaran yang kompetitif dan bebas kartel susulan pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa hari ini.
![Kartel beras: Kerajaan tidak akan lindungi sesiapa - Mohamad Kartel beras: Kerajaan tidak akan lindungi sesiapa - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710902918_TBmohamadsabujp.jpg)
Kartel beras: Kerajaan tidak akan lindungi sesiapa - Mohamad
Pemantauan sentiasa dilakukan pihak berwajib untuk mengekang kewujudan kartel beras putih tempatan.
![Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703645639_TBiskandarismail.jpg)
Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli
Suruhanjaya Persaingan Malaysia bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini.
![[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir [KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687926483_Bekalangula.jpg)
[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir
Penghapusan monopoli gula di pasaran Malaysia adalah langkah yang penting bagi mewujudkan persaingan yang sihat dan menjamin bekalan gula yang mencukupi pada harga yang berpatutan.
![MyCC cadang penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta terhadap FFM Bhd MyCC cadang penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta terhadap FFM Bhd](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41584051388_benderamycc.jpg)
MyCC cadang penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta terhadap FFM Bhd
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mencadangkan untuk mengenakan penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta ke atas FFM Bhd, anak syarikat 80 peratus PPB Group Bhd berikutan penemuan mengenai da
![8 syarikat didenda RM1.548 juta terlibat dalam aktiviti tipu bida projek Aswara 8 syarikat didenda RM1.548 juta terlibat dalam aktiviti tipu bida projek Aswara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71651227214_IskandarIsmail.jpg)
8 syarikat didenda RM1.548 juta terlibat dalam aktiviti tipu bida projek Aswara
Lapan syarikat berkenaan didapati bersekongkol untuk mendapatkan projek tersebut, sekali gus melanggar Akta Persaingan 2010.
![Penggabungan syarikat telekomunikasi di luar bidang kuasa MyCC Penggabungan syarikat telekomunikasi di luar bidang kuasa MyCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656470287_DigiCelcom.jpg)
Penggabungan syarikat telekomunikasi di luar bidang kuasa MyCC
Segala aktiviti perkhidmatan telekomunikasi di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
![Hasil siasatan kartel ayam dibentang Isnin ini Hasil siasatan kartel ayam dibentang Isnin ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655981602_AlexanderNantaLing.jpg)
Hasil siasatan kartel ayam dibentang Isnin ini
Pasukan khas menyiasat dakwaan perlakuan antipersaingan dalam industri ayam negara akan membentangkan hasil siasatan mereka pada Isnin ini.
![MyCC akan tentukan sama ada wujud kartel dalam sektor pengangkutan MyCC akan tentukan sama ada wujud kartel dalam sektor pengangkutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633431918_AlexanderNantaLing.jpg)
MyCC akan tentukan sama ada wujud kartel dalam sektor pengangkutan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengesyorkan cadangan sektor pengangkutan.