KUALA LUMPUR: Satu pasukan khas yang ditubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat dakwaan perlakuan antipersaingan dalam industri ayam negara akan membentangkan hasil siasatan mereka pada Isnin ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pasukan khas berkenaan akan mengemukakan dapatan mereka kepada anggota-anggota suruhanjaya itu yang bertindak sebagai sebuah badan separa kehakiman yang mempunyai kuasa memutuskan sama ada terdapat pelanggaran terhadap Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.
“Pagi tadi saya difahamkan oleh pihak MyCC, mereka jelas mengatakan seperti yang dijanji sebelum penghujung bulan Jun ini siasatan selesai dan akan dikemukakan kepada jawatankuasa mereka Isnin ni,” katanya ketika ditemui selepas menyertai Op Anti-sorok bersama pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur hari ini.
MyCC telah menubuhkan pasukan khas pada awal Februari lepas untuk menyiasat dakwaan terdapatnya perlakuan antipersaingan merangkumi perjanjian antipersaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran yang boleh meningkatkan harga-harga barangan dalam pasaran industri ayam.
Pasukan khas MyCC telah memulakan penyiasatan terhadap kesemua pemain industri ayam di seluruh malaysia daripada peringkat huluan hingga hiliran.
Astro Awani
Thu Jun 23 2022

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kiri) bersama Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam (dua, kiri) ketika membuat tinjauan mengenai Op Anti Sorok bersama pasukan penguatkuasa di Pasar Raya NSK Trade City Selayang hari ini. - Foto BERNAMA

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Selepas AS, Jepun pula tuduh Google lakukan amalan antipersaingan
Antara tuduhan yang dilemparkan ialah menerusi Chrome, Google turut didapati membayar syarikat untuk menggunakan enjin carian Google Search.

KKM tidak tolak ansur sebarang amalan pakatan harga, antipersaingan perolehan ubat
Kementerian juga pandang serius amalan syarikat pengeluar dan pembekal farmaseutikal tawar harga tinggi kepada kerajaan berbanding kepada swasta bagi sesetengah produk ubat.

Sepanyol denda Apple, Amazon AS$217.8 juta kerana amalan antipersaingan
Amazon dan Apple juga menyekat keupayaan jenama lain bersaing dengan Apple untuk memperoleh ruang pengiklanan di laman Amazon di Sepanyol.

Hasil siasatan kartel ayam dibentang Isnin ini
Pasukan khas menyiasat dakwaan perlakuan antipersaingan dalam industri ayam negara akan membentangkan hasil siasatan mereka pada Isnin ini.

38 negeri AS kemuka saman antipersaingan terhadap Google
Mereka mendakwa Google mempunyai monopoli yang melanggar undang-undang di pasaran carian dalam talian.