KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam cadangan penggabungan antara DiGi.Com Bhd (Digi) dan Celcom Axiata Bhd (Celcom).
Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, segala aktiviti perkhidmatan telekomunikasi adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Walaupun Akta Persaingan 2010 terpakai kepada mana-mana aktiviti komersial di Malaysia, Akta yang sama secara jelasnya menetapkan bahawa ia tidak terpakai kepada aktiviti komersial di bawah empat sektor, termasuklah sektor telekomunikasi dan multimedia.
"MCMC mengawal selia penggabungan dalam sektor telekomunikasi dan perkara-perkara persaingan yang berkaitan melalui peruntukan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998," kata Iskandar dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru, katanya, MyCC menyerahkan perkara berkaitan cadangan penggabungan tersebut kepada kebijaksanaan MCMC dan yakin bahawa penilaian dan penelitian yang komprehensif telah dilaksanakan oleh suruhanjaya itu sebelum mencapai keputusannya.
Menurut beliau, langkah pindaan Akta Persaingan 2010 oleh MyCC yang akan memperkenalkan rejim kawalan penggabungan di Malaysia sedang berjalan dengan lancar.
"Sekali lagi, perlu ditekankan bahawa rejim penggabungan ini akan mengecualikan antara lain sektor di bawah bidang kuasa MCMC.
"Kami berharap keputusan oleh MyCC mengenai permohonan penggabungan pada masa hadapan akan menjadi rujukan dan panduan utama kepada semua pihak berkuasa lain untuk memastikan landskap dasar yang konsisten dan teguh yang akan mewujudkan kepastian dalam pasaran," katanya.
MCMC pada Rabu telah mengeluarkan notis tiada bantahan kepada cadangan penggabungan antara Digi dan Celcom melibatkan perniagaan Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Celcom (pemohon).
MCMC dalam kenyataannya berkata, Digi dan Celcom merupakan pengendali perkhidmatan mudah alih kedua dan ketiga terbesar pada masa ini dan penggabungan ini akan menghasilkan pengendali perkhidmatan mudah alih yang terbesar di Malaysia.
Pada 8 April 2021, Axiata dan Telenor Group mengumumkan sedang dalam perbincangan lanjutan untuk melaksanakan penggabungan operasi Celcom dan Digi.
Axiata Group Bhd dalam makluman kepada Bursa Malaysia sebelum ini berkata, cadangan penggabungan antara Celcom Axiata Bhd dan Digi.com Bhd bagi membentuk entiti baharu dikenali sebagai MergeCo dijangka selesai pada separuh kedua 2022.
Salinan aku janji itu boleh dimuat turun melalui laman sesawang MCMC, https://mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/registers/Undertaki ng-Public-Version.pdf - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam cadangan penggabungan antara DiGi.Com Bhd (Digi) dan Celcom Axiata Bhd (Celcom).

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Axiata, Telenor selesai gabung Celcom-Digi
Axiata Group Bhd, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.com Bhd (Digi) telah selesai menggabungkan operasi telekomunikasi Celcom Axiata Bhd dan Digi.

Digi dapat kebenaran pemegang saham untuk cadangan penggabungan dengan Celcom
Kelulusan pemegang saham Digi dan Axiata Group Bhd adalah antara langkah terakhir dalam proses kelulusan penggabungan.

MCMC lulus penggabungan Celcom, Digi
MCMC memaklumkan, penggabungan tersebut akan menjadikannya sebagai pengendali perkhidmatan mudah alih terbesar di Malaysia.

Pengendali rangkaian mudah alih sambut baik keputusan kekalkan SWN, tawaran ekuiti DNB
Kumpulan MNO berkenaan turut berkongsi komitmen untuk merealisasikan cita-cita digital negara.

Syarikat telco Malaysia perlu bersaing dalam perkhidmatan 5G
Di bawah sistem ini, semua telekomunikasi pada dasarnya akan bersaing di rangkaian yang sama dan bukannya membangunkan sendiri dan bersaing berdasarkan prestasi rangkaian.

Anwar dilantik CEO TERAS Teknologi
Anwar akan menganggotai pasukan kepimpinan kanan PLUS bagi memastikan inisiatif pendigitalan dijalankan secara berterusan.

Penggabungan Digi-Celcom sasar 19 juta pelanggan, pendapatan RM12.4 bilion
Axiata dan Telenor berkata, mereka masing-masing akan menguasai 33.1 peratus pegangan dalam gabungan yang dikenali sebagai MergeCo

Menara komunikasi di Batu 10, Hutan Melintang terbakar
Menara komunikasi milik syarikat telekomunikasi Digi yang dikongsi bersama Celcom dan Maxis di Batu 10, Hutan Melintang, terbakar dalam satu insiden pagi Jumaat.

Digi teruskan komitmen bantu pelanggan kekal terhubung semasa sekatan pergerakan penuh
Menjamin ketersediaan dan ketekalan perkhidmatan rangkaian khususnya di kawasan perumahan, serta pusat perubatan dan vaksinasi, jadi keutamaan.

5 syarikat telekomunikasi setuju lanjutkan pemberian 1GB data harian percuma sehingga 31 Julai
Pemberian data percuma 1GB secara harian sejak April tahun lepas itu bertujuan membantu rakyat menghadapi norma baharu digitalisasi ketika dilanda pandemik COVID-19.