TERAS Teknologi Sdn Bhd (TERAS) melantik Anwar Ishak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, bagi meletakkan organisasi tersebut di barisan hadapan digitalisasi dalam industri tol.
Ia juga bagi melengkapkan industri berkaitan dengan teknologi baru, menurut anak syarikat milik penuh PLUS Malaysia Berhad itu dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar berkelulusan Sarjana Kejuruteraan Sistem Komputer dan Elektronik dari King’s College of London, dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang digital, peralihan teknologi dan cabang telekomunikasi.
Beliau menyuarakan perasaan teruja dapat menyertai TERAS ketika teknologi RFID (Radio Frequency Identification) dilihat bakal menjadi pemangkin perubahan bagi industri logistik.
"Oleh kerana tumpuan Malaysia sekarang adalah untuk memulihkan ekonomi melalui pembangunan infrastruktur utama termasuk lebuh raya, saya terharu dengan budaya kelestarian PLUS yang membawa begitu banyak kemungkinan.
"Dengan memastikan teknologi dan Internet berbagai perkara (Internet of Things) tetap berada di hadapan dalam apa yang dilakukan, ia dapat meningkatkan nilai kehidupan ketika kita menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru.
"Saya juga percaya dengan kepakaran teknologi TERAS, PLUS akan dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu dan meletakkan industri lebuh raya ke tahap yang lebih tinggi melalui penyesuaian digitalisasi,” jelas Anwar.

Anwar akan turut menganggotai pasukan kepimpinan kanan PLUS, bekerjasama dengan Pengurusan Tertinggi PLUS yang lain, bagi memastikan inisiatif pendigitalan dijalankan secara berterusan, sekali gus mendorong pertumbuhan syarikat.
Beliau sebelum ini berperanan dalam mengembang dan memperkukuh aspek teknologi pelbagai agensi media baharu, termasuk dalam sektor penerbangan di London, di mana beliau antara lain berjaya membangunkan sistem pengendalian penumpang dan bagasi lapangan terbang berasaskan web.
Pada 2017, Anwar kembali ke Malaysia bagi mengetuai fungsi Digital IT di Digi Telecommunications.
Antara tanggungjawab utama beliau adalah memacu digitalisasi telco dari perspektif teknologi yang merangkumi perubahan cara kerja, mengurus perbelanjaan, menguruskan strategi digitalisasi serta penyelidikan dan pembangunan untuk peluang perniagaan baharu.