KUALA LUMPUR: Kumpulan Axiata Berhad (Axiata), Telenor Asia Pte Ltd (Telenor) dan Digi.Com Berhad (Digi) hari ini mengumumkan penyelesaian proses ketekunan wajar (due diligence), dan pemeteraian perjanjian urus niaga bagi penggabungan Celcom dan Digi.
Dalam satu kenyataan bersama, Axiata dan Telenor berkata, mereka masing-masing akan menguasai 33.1 peratus pegangan dalam gabungan yang dikenali sebagai MergeCo, dan ia akan terus disenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad.
Perjanjian itu, kata mereka lagi, membuktikan kesungguhan bagi membentuk perdagangan yang lebih kukuh dan penyedia perkhidmatan konvergens yang lebih mampan, dan menjadi pengendali telekomunikasi tempatan, yang mampu meletakkan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara digital.
“Berdasarkan pro forma, penggabungan Celcom-Digi akan membentuk sejumlah 19 juta pelanggan dengan pendapatan sekitar RM12.4 bilion, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sejumlah RM5.7 bilion, keuntungan selepas cukai sejumlah RM1.9 bilion dan aliran tunai bebas2 sejumlah RM4.0 bilion.
“Dijangkakan menjadi antara lima syarikat terbesar disenaraikan di dalam Bursa berdasarkan penguasaan pasaran, MergeCo dinilai pada nilai ekuiti pra-sinergi yang digabungkan mencecah hampir RM50 bilion,” menurut kenyataan itu lagi.
MergeCo, menurut Axiata dan Telenor lagi, bakal menyaksikan penyatuan skala, pengalaman, kompetensi dan kekuatan kewangan bagi kedua-dua kumpulan telekomunikasi global dengan pengalaman pasaran bagi kedua-dua syarikat tempatan yang mampan.
Mereka berkata, MergeCo bakal memperoleh kebolehan keumpilan pada teknologi dan menarik syarikat perkongsian-internet global dalam menyalurkan penyelesaian inovatif kepada para pelanggan.
“Penggabungan ini bakal merancakkan lagi perkembangan 5G, internet kebendaan (Internet of Things, IoT) dan pengkomputeran awan (cloud computing) yang bakal memacu proses digitalisasi merentasi seluruh pelusuk masyarakat,” menurut kenyataan itu lagi.
Menerusi pemakluman awal, Axiata dan Telenor berkata, mereka bersepakat mencalonkan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Datuk Izzaddin Idris sebagai Pengerusi MergeCo, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Asia di Kumpulan Telenor Jørgen C. Arentz Rostrup sebagai Timbalan Pengerusi, Idham Nawawi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, dan Albern Murty sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MergeCo
Selain itu kenyataan itu menyebut, MergeCo akan dinamakan Celcom Digi Berhad tertakluk kepada kelulusan daripada pemegang saham MergeCo.
Dalam kenyataan yang sama, Izaddin berkata, Axiata sedang menunjukkan kemajuan menerusi penggabungan yang sedang berlangsung dengan Telenor dan Digi, sejajar dengan hasrat dan komitmen mereka untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan kami dalam usaha pendigitalan ekonomi negara.
“Kami berharap dapat memberikan nilai tambah dan pilihan yang lebih baik yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat, terutamanya untuk merapatkan jurang di kawasan luar bandar serta membantu perniagaan kediaman dan perusahaan memanfaatkan peluang baru dalam persekitaran digital yang pesat ini.
"Mengandaikan kelancaran peralihan, dalam tempoh pasca integrasi, kami menjangkakan peningkatan dalam EBITDA dan margin aliran tunai dalam entiti gabungan seiring dengan komitmen berterusan kami untuk memaksimumkan pembayaran dividen bagi para pemegang saham kami," tambahnya.
Dalam pada itu, Axiata dan Telenor berkata, mereka komited dalam melindungi kebajikan pekerja tanpa sebarang pemberhentian secara paksa.
MergeCo, kata mereka lagi, akan memberi peluang kepada kakitangannya untuk terus membangunkan kendiri pada setiap fungsi, meningkatkan kecekapan baharu dan menjadi sebahagian daripada pertumbuhan syarikat yang digabungkan ini pada masa hadapan.
“Di akhir proses ini, penggabungan Celcom dan Digi akan memberikan Axiata saham baharu yang diterbitkan di Digi, mewakili 33.1% daripada modal saham terbitan Digi yang diperbesar, pertimbangan tunai sebanyak RM2.0 bilion di mana kira-kira RM1.7 bilion daripada Digi sebagai hutang di MergeCo, dan kira-kira RM300 juta dari Telenor sebagai sebahagian daripada pemerataan pemilikan berdasarkan syarat penggabungan yang dicadangkan.
“Keseluruhan transaksi adalah tertakluk kepada persetujuan pemegang saham Axiata dan Digi, pengesahan dan penerimaan kelulusan peraturan dan terma serta syarat lain yang tertakluk,” menurut kenyataan itu lagi.
Axiata dan Telenor berkata, sekiranya tiada aral melintang, cadangan penggabungan tersebut dijangka dapat diselesaikan pada suku kedua 2022.
Firdaus Azil
Mon Jun 21 2021

Axiata dan Telenor berkata, mereka masing-masing akan menguasai 33.1 peratus pegangan dalam gabungan yang dikenali sebagai MergeCo. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.