KUCHING: Bagi memacu sektor pelancongan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) komited dalam pelaksanaan rancangan jangka panjang menerusi Pelan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga untuk tempoh 2021 hingga 2035.
Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
Ia memberi tumpuan kepada usaha memacu sektor pelancongan dan pemulihan segera dengan membawa model dan strategi perniagaan baharu untuk kedua-dua sisi permintaan dan penawaran industri.
“Ia bertujuan meningkatkan bilangan pelawat ke Sarawak daripada garis dasar 4.6 juta pelawat dan RM11.6 bilion dalam resit pelancongan pada 2019 kepada 12.7 juta pelawat menyumbang pulangan ekonomi sebanyak RM50 bilion menjelang 2035.
“Selaras dengan aspirasi PCDS 2030, pelan induk itu tepat pada masanya untuk menyokong rancangan jangka panjang tersebut untuk merangsang pemulihan pertumbuhan segera dan jangka panjang susulan kesan COVID-19.
“Antara lain adalah untuk membawa model dan strategi perniagaan baharu untuk kedua-dua bahagian permintaan dan penawaran industri pelancongan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan semasa Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, pada Rabu.
Menurut Abdul Karim, kementeriannya akan memastikan dasar dan perancangan pelancongan, seni dan budaya dalam pelan induk diterjemahkan ke dalam pelan tindakan secara berperingkat.
Untuk rekod, PCDS 2030 telah menggariskan empat strategi utama pelancongan termasuk meningkatkan perjalanan ke Sarawak, pembangunan produk pelancongan dan aset dengan membina budaya, warisan dan alam semula jadi.
Selain itu, meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan pilihan dan meningkatkan kapasiti dan keupayaan modal insan.
Astro Awani
Wed Nov 30 2022
MTCP komited dalam pelaksanaan rancangan jangka panjang menerusi Pelan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga untuk tempoh 2021 hingga 2035. -Gambar fail/Bernama
TDM sedang teliti pertimbang longgarkan syarat pengambilan perajurit muda
Tentera Darat sedang meneliti untuk memberi kelonggaran syarat pengambilan perajurit muda yang mempunyai kelebihan dalam bidang sains dan teknologi serta teknikal.
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.