PUTRAJAYA: Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) memperuntukkan RM20 juta untuk Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar India B40 di universiti awam, kata Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk Ramanan Ramakrishnan.
Dalam sidang media mengumumkan program-program Mitra di sini hari ini, beliau berkata bantuan itu dikhaskan untuk 10,000 pelajar pengajian tahun kedua hingga tahun keempat, dengan mahasiswa menerima bantuan subsidi bernilai RM2,000 secara sekali bayar sebelum semester baharu bermula pada September atau Oktober ini.
"Subsidi bantuan ini akan dimasukkan ke akaun BSN (Bank Simpanan Nasional) setiap pelajar yang layak," katanya.
Katanya permohonan bagi inisiatif itu dibuka mulai 2 petang pada 8 Mei ini sehingga 15 Sept 2023.
Ramanan seterusnya mengumumkan pelaksanaan Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta (Tamil) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan melibatkan peruntukan RM10.8 juta bagi mengurangkan isu keciciran dalam pendidikan awal dalam kalangan kanak-kanak India B40, dengan menyasarkan 4,500 penerima.
Beliau berkata setiap kanak-kanak akan menerima subsidi RM200 sebulan selama setahun bagi menampung bayaran yuran dan sarapan pagi, dan subsidi ini akan dibayar terus kepada pengusaha tadika.
Katanya permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Mitra yang telah dibuka pada 17 April lepas sehingga 28 Mei ini.
Sementara itu Ramanan berkata RM8.64 juta diperuntukkan di bawah Program Subsidi Bantuan Dialisis untuk 900 pesakit kronik buah pinggang bagi menampung kos bagi satu sesi rawatan pada setiap minggu selama setahun.
Beliau berkata pesakit yang layak akan menerima subsidi RM200, dan program dengan kerjasama pusat dialisis di seluruh negara itu boleh mula dimohon mulai 8 Mei ini sehingga 30 Ogos 2023 menerusi laman sesawang Mitra.
Ramanan seterusnya berkata penglibatan pegawai dari Jabatan Integriti dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam setiap mesyuarat Mitra adalah untuk memastikan unit itu tidak lagi terpalit dengan isu penyelewengan geran.
"Kita sangat telus dan semua nama penerima (geran) akan dipamer dilaman web rasmi Mitra," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra.
Beliau berkata jawatankuasa itu juga akan membuat pemantauan terhadap penerima geran kewangan untuk memastikan dana yang diterima dimanfaatkan bagi tujuan sepatutnya yang kini diluaskan kepada 10 bidang termasuk memberi fokus kepada pembangunan wanita dan belia.
"Setiap penerima geran perlu tandatangan surat Aku Janji agar mereka laksanakan apa yang mereka perlu laksanakan menggunakan dana yang diterima. Kalau mereka tidak manfaatkan geran bagi tujuan sepatutnya, mereka kena pulangkan wang ini," katanya.
Menurutnya, permohonan geran kewangan Mitra yang dipanjangkan sehingga 28 Mei daripada 29 April sehingga kini telah menerima sebanyak 1,227 permohonan berbanding 448 permohonan pada 19 April lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, bantuan itu dikhaskan untuk 10,000 pelajar pengajian tahun kedua hingga tahun keempat. - Gambar fail
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.
Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra
Ramanan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra.
Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.
Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata bantuan itu turut disalurkan ke Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Mitra Untuk Masyarakat India.
Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana
Seorang pegawai SPRM akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).
Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.
Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra
Mitra masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini.
Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.
Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu
Tindakan bekas Pengerusi PWBSM dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Mitra mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.
Mitra peruntuk RM20 juta bantu ringan beban pelajar B40 India di universiti awam
Mitra memperuntukkan RM20 juta untuk Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar India B40 di universiti awam.