PUTRAJAYA: Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra, Datuk R. Ramanan.
Bantuan itu menyasarkan 10,000 pelajar dalam pengajian tahun kedua, ketiga atau tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda tidak kira penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), katanya.
Pada sidang media mengenai status program di bawah Mitra di sini pada Jumaat, Ramanan berkata, sebanyak 8,583 permohonan telah diterima setakat 31 Ogos sejak permohonan dibuka pada Mei lepas dan sebahagiannya telah diproses serta dana telah dikreditkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pelajar.
"Syaratnya amat mudah iaitu terdiri daripada golongan B40 dan merupakan pelajar dengan status aktif di institusi pengajian tinggi," katanya menambah permohonan boleh dibuat menerusi https://www.mitra.gov.my/index.php/bm/utama.
Mengenai subsidi dialisis Mitra yang menyasarkan 900 pesakit buah pinggang kronik, Ramanan berkata, Mitra telah menerima permohonan daripada 135 pusat dialisis melibatkan 749 pesakit dan 813 permohonan daripada individu sehingga tarikh tutup pada 30 Ogos lepas.
Sehingga 1 Sept, sebanyak 19 pusat dialisis yang melibatkan 140 pesakit telah diberi kelulusan dana sejumlah RM1.08 juta.
Secara keseluruhan, subsidi dialisis Mitra melibatkan peruntukan RM8.64 juta meliputi bayaran subsidi RM200 untuk satu sesi dialisis. Bantuan subsidi tersebut adalah untuk bayaran empat kali sebulan selama setahun.
"Pengagihan dana bagi inisiatif ini agak perlahan kerana terdapat beberapa kekangan pihak Mitra hadapi antaranya menerima permohonan sebanyak dua kali dan pemohon pula merupakan penerima bantuan dialisis dari agensi lain dan sebagainya.
"Proses semakan dan penilaian secara terperinci sedang dilaksanakan untuk mengelakkan bayaran berulang dan baki bantuan dijangka disalurkan pada bulan ini secara berperingkat," kata Ramanan.
Bagi program Operasi Dron dan Servis Data dan 'Electrified Automation Advancement Programme' (EAAP) yang membabitkan kos RM4.3 juta pula, Ramanan berkata, lebih 500 belia India telah membuat permohonan dan kesemua mereka akan disaring kelayakan sebelum mula menjalani latihan hujung bulan ini.
Mengenai Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta (Tamil) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan melibatkan dana RM10.8 juta, Ramanan berkata sehingga 31 Ogos, Mitra telah menandatangani 107 dokumen perjanjian melibatkan 107 tadika dan sedang dalam proses bayaran untuk baki 38 tadika.
Secara keseluruhannya, program berkenaan melibatkan 145 tadika dan 3,916 kanak-kanak, yang akan menerima subsidi bernilai RM200 sebulan meliputi yuran tadika dan sarapan pagi untuk 12 bulan serta dibayar terus kepada pengusaha tadika. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023

Ramanan berkata sebanyak 8,583 permohonan telah diterima setakat 31 Ogos sejak permohonan dibuka pada Mei lepas. - Gambar fail/Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.

Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.

Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra
Ramanan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra.

Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.

Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata bantuan itu turut disalurkan ke Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Mitra Untuk Masyarakat India.

Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana
Seorang pegawai SPRM akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.

Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra
Mitra masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini.

Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.

Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu
Tindakan bekas Pengerusi PWBSM dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Mitra mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.