PUTRAJAYA: Datuk R.Ramanan yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) sehingga kini.
"Status-quo kekal," katanya sebagai mengulas status jawatan itu apabila ditanya media, semasa ditemui selepas mengimbas kad perakam waktu di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di sini hari ini sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu.
Ahli Parlimen Sungai Buloh itu dilantik sebagai Pengerusi Mitra pada bulan April lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan semalam Anwar mengumumkan pelantikan Ramanan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, mengambil tempat K.Saraswathy yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Perpaduan.
Sementara itu, Ramanan berkata beliau telah diberi taklimat mengenai pencapaian serta agenda KUSKOP untuk tahun 2023, di samping beberapa aspirasi yang telah digariskan bagi 2024, dan beliau beriltizam untuk meneruskan idea kementerian bagi mewujudkan ekosistem holistik bagi usahawan dalam negara.
Antara aspirasi yang digariskan termasuk meningkatkan penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri berimpak tinggi bagi memperkasa rantaian bekalan domestik dan rantaian nilai global serta meningkatkan kapasiti dan keupayaan usahawan agar lebih kalis cabaran dan berdaya maju.
Ramanan berkata beliau akan berbincang Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick bagi mencari kaedah untuk menghasilkan komuniti usahawan yang lebih ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023

Datuk R. Ramanan mengimbas kehadiran bagi memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), hari ini. - Foto Bernama
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Malaysia, India nyata komitmen jalin hubungan tingkatkan ekonomi PKS - Ramanan
Datuk R. Ramanan berkata perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy di pejabatnya hari ini.

Mahathir tidak patut keluar kenyataan sentuh isu sensitif, kaum - Ramanan
Ramanan juga mendakwa bahawa pendirian bekas Perdana Menteri itu sendiri tidak konsisten dan sering bertukar parti politik.

PRU15: Ramanan cabar KJ perjelas isu ECM Libra
Ramanan semasa ceramah di Paya Jaras pada Ahad membangkitkan dakwaan penglibatan Khairy dalam beberapa kontroversi.