Di Pulau Pinang, ribuan kenderaan yang bersedia untuk memasuki plaza tol itu berhenti selama seminit sebagai tanda menghormati jenazah mangsa pesawat penerbangan Malaysia MH17.
Sebaik pengumuman di buat, kenderaan yang bergerak berhenti kira-kira jam 10.45 pagi dan bacaan Al-Fatihah dibacakan bagi umat Islam, manakala bagi penganut lain dilakukan mengikut adat dan agama masing-masing.
Tinjauan di Plaza Tol Jambatan itu pagi tadi mendapati kebanyakan pengguna laluan itu bersikap terbuka sempena hari perkabungan negara biarpun terpaksa menempuh kesesakan di laluan masuk jambatan itu.
Dalam pada itu, Pengarah Penerangan Negeri , Ishak Ahmad berkata , pihaknya bersyukur majlis The Moment Of Silence di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.
Malah beliau berterima kasih kepada pengguna kerana memberikan kerjasama baik sepanjang majlis tafakur yang di jalankan kira-kira jam 10.45 pagi tadi biarpun difahamkan berlaku kesesakan sepanjang tiga kilometer ketika semua kenderaan berhenti kira-kira seminit.
Majlis ringkas anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu diadakan di pintu masuk Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang hari ini.
Lima dari mangsa nahas pesawat MH17 adalah penduduk Pulau Pinang iaitu pramugari Nur Shazana Mohamed Salleh, pramugara Sanjid Singh Sandhu, Kapten Eugene Choo Jin Leong , Azrina Yaakob, Elaine Teoh dan Jenny Loh Yan Hwa.
Jenny, pemilik sebuah restoran di Amsterdam turut berada di atas pesawat MH17 bersama ibunya, Tan Siew Poh serta suaminya yang berwarganegara Hongkong, Fan Shun Po.
Astro Awani
Fri Aug 22 2014

Kira-kira jam 10:45 pagi ribuan kereta yang melalui Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang berhenti bagi bertafakur selama seminit. - Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dewan Rakyat bertafakur, sedekah Al-Fatihah kepada Syed Husin
Dewan Rakyat bertafakur selama seminit bagi menghormati dan memperingati pemergian Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali yang meninggal dunia, Sabtu lalu.

Gempa bumi Turkiye, Syria: Agong ajak ahli Parlimen bertafakur, sedekahkan al-Fatihah
Agong memulakan titah mengajak ahli Parlimen bertafur dan menyedekahkan al-Fatihah bagi mengingati mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.

Tanah runtuh Batang Kali: Murid, guru bertafakur memperingati mangsa
Ibu bapa murid-murid turut berada di luar pagar sekolah bagi mengikuti majlis perhimpunan berkenaan yang berakhir sekitar jam 8 pagi.

Tanah runtuh Batang Kali: DUN Perak bertafakur
Persidangan DUN Perak bertafakur selama kira-kira seminit bagi memperingati insiden tanah runtuh tapak perkhemahan.

Putera Harry bertafakur kematian Chevy Beh
Putera Britain itu memperingati mendiang yang sepatutnya menyertai sukan amal Kejohanan Piala Sentebale ISPS Handa Polo pada Khamis.

Penduduk beri penghormatan terakhir kepada David Amess
Penduduk di Leigh-on-Sea bertafakur seketika bagi memberikan penghormatan terakhir kepada David Amess.

Penghormatan terakhir buat mangsa korban akibat COVID-19 di China
Upacara penghormatan terakhir dan bertafakur selama tiga minit dilakukan di seluruh negara pada Sabtu pada jam 10 pagi.

PH perlu pertahankan kerusi Tanjung Piai - Loke
Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata, semua jentera PH perlulah bekerja keras baik diperingkat pusat mahu pun negeri.

TFC dedikasi kemenangan buat Mohd Suffian - Jurulatih sementara
Jurulatih sementara TFC, Nafuzi Zain berkata pemergian mengejut pemain paling senior akibat serangan jantung pada pukul 1.10 tengah hari semalam itu amat dirasai seluruh pasukan.

New Zealand bertafakur, siar azan seluruh negara Jumaat ini
Jacinda Ardern mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat Islam dan menganggap ini sebagai "penyelesaian" untuk menyokong umat Islam