KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat bertafakur selama seminit bagi menghormati dan memperingati pemergian Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali yang meninggal dunia di Hospital Selayang, Sabtu lalu.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menzahirkan kesedihan dan simpati Dewan Rakyat kepada keluarga Allahyarham sebelum memohon semua Ahli Parlimen bertafakur seketika manakala Ahli Parlimen beragama Islam membaca surah Al-Fatihah.
"Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara selama dua penggal dari 2009 hingga 2015. Allahyarham terkenal sebagai tokoh politik yang gigih, memperjuangkan isu-isu keadilan sosial.
"Allahyarham juga merupakan tokoh akademik terkemuka, perintis bidang sosiologi di negara dan merupakan antara pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.
Syed Husin pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Timbalan Presiden PKR, Presiden Parti Rakyat Malaysia serta profesor di Universiti Malaya.
Allahyarham berusia 87 tahun dimasukkan ke Hospital Selayang sejak Hari Raya Haji kedua lalu dan keadaannya dilaporkan kritikal selain tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.
Jenazah Syed Husin akan disolatkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya pagi ini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Kota Damansara.
Syed Husin yang dilahirkan di Johor, adalah seorang bekas profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya pada 1985 hingga 1990 dan dikurniakan tiga orang anak, hasil perkahwinan dengan Sabariah Abdullah.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Kerajaan, Batu Pahat pada 1946 hingga 1953 sebelum meneruskan pelajaran di Kolej Inggeris, Johor Bahru (1954-1955).
Beliau juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM), Singapura (1956-1959), Master UM, Singapura (1963) dan Doktor Falsafah (PhD) (Sosiologi dan Antropologi) di London School of Economics and Political Science, United Kingdom pada 1972.
Dalam kerjaya, Syed Husin juga pernah menjadi Pegawai Penyelidik Sementara, Agensi Kesusasteraan Bahasa pada 1959 dan Profesor Pengajian Pembangunan Manusia, Institut Pengajian Lanjutan, UM pada 1982 hingga 1985.
Syed Husin memulakan perjalanan politiknya dengan menjadi ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 1960 sebelum bintangnya bersinar dan berjaya menjawat jawatan presiden parti itu pada 1990 hingga 2001 sebelum PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (keADILan) pada Ogos 2003 dan membentuk KeAdilan.
Pada pemilihan PKR pada 2004, beliau menang dengan 794 undi untuk jawatan Timbalan Presiden dan mengekalkan jawatan itu pada 2007 selepas menang tanpa bertanding.
Syed Husin yang dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi tempoh 2009-2015 sebagai Senator Dewan Negara, telah menghasilkan pelbagai buku antaranya Social Stratification in Kampung Bagan (1966), Malay Peasant Society and Leadership (1975), Kemiskinan dan Kelaparan Tanah di Kelantan (1978), The Malays, Their Problems and Future (1981), Poverty and Landlessness in Kelantan, Malaysia (1983), Ethnicity dan Class and Development, Malaysia (1984).
Umavathi Ramayah
Tue Jul 02 2024

Speaker Johari menzahirkan kesedihan dan simpati Dewan Rakyat kepada keluarga Allahyarham Syed Husin sebelum memohon semua Ahli Parlimen bertafakur seketika dan menghadiahkan surah Al-Fatihah.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Dewan Rakyat bertafakur, sedekah Al-Fatihah kepada Syed Husin
Dewan Rakyat bertafakur selama seminit bagi menghormati dan memperingati pemergian Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali yang meninggal dunia, Sabtu lalu.