KUALA LUMPUR: Lima media perdana dalam negara bersama tiga firma penyelidikan menjalinkan kerjasama bagi menjalankan satu kaji selidik mega untuk mengumpulkan hasrat dan suara rakyat Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Kaji selidik bertajuk "Suara Rakyat Malaysia Menuju PRU15" dilaksana bermula hari ini hingga 9 Oktober membabitkan Astro AWANI, Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily, serta Malaysian Nanban.
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berkata, beliau berharap kerjasama itu dapat membantu negara untuk memahami kerencaman pemikiran dan kehendak rakyat Malaysia serta tidak terhad mengenai pertembungan politik di dalam negara.
“Hujungnya, demokrasi adalah mengenai kekuatan, kehendak dan keperluan masyarakat yang perlu difahami oleh pemain politik dalam arena demokrasi yang saya harap dapat ditingkatkan melalui kaji selidik ini.
“Ia supaya suara rakyat itu dapat diangkat sebagai suara utama dalam demokrasi atau lebih spesifik semasa pilihan raya,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pengisian The Star, Esther Ng berkata, kerjasama itu dilakukan bagi membawa suara rakyat dan akar umbi berkenaan isu dihadapi mereka, sekali gus mengenal pasti harapan bersama masyarakat di dalam negara.
Jelas beliau, dengan pembabitan lima syarikat media perdana di dalam negara yang masing-masing mempunyai kumpulan sasar tersendiri dan unik, ia dilihat mampu membantu memastikan agar kaji selidik itu mencapai kesemua lapisan masyarakat secara menyeluruh.
“Kita bekerjasama bagi mengumpulkan kekuatan sumber yang dimiliki bagi memberi manfaat kepada kita semua.
"Jadi peranan kita sangat jelas, iaitu memberikan suara kepada pembaca masing-masing.
“Saya percaya inisiatif kaji selidik ini merupakan sesuatu yang sangat unik dan ia mewakili apa yang pembaca Malaysia kita hasratkan,” katanya.
Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman pula berkata, penggabungan lima organisasi media itu dilihat mewakili segenap lapisan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, bahasa, usia, platform media dan lokasi di seluruh negara.
“Penyelidikan menggabungkan lima media dan tiga firma penyelidikan ini adalah yang julung kali diadakan. Gabungan ini sekali gus menyaksikan ia menjadi kaji selidik terbesar menuju PRU15.
“Lebih menarik, berbeza dengan kaji selidik organisasi tertentu yang sama ada mempunyai agenda atau mewakili mana-mana parti politik, kaji selidik ini adalah survei bebas sama seperti mana tagline Sinar Harian iaitu ‘Telus dan Tulus’,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Kuik Cheng Kang berkata, kerjasama semua media terbabit dalam kaji selidik kali ini sangat diperlukan bagi membolehkan ia mendapat penglibatan menyeluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
“Saya juga harapkan semua rakyat Malaysia tidak kira kaum terbabit dalam kaji selidik ini dan menyampaikan hasrat dan kehendak mereka berkenaan kerajaan yang akan ditubuhkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,”ujar beliau.
Jelas Cheng Kang, melalui kaji selidik tersebut, beliau turut berharap agar laporan mengenai hasrat rakyat Malaysia terhadap masa depan negara akan menjadi lebih komprehensif dan meliputi segenap lapisan masyarakat.
Pada masa sama, Editor Malaysia Nanban, Rajeswary Kaliaperumal berkata, melalui kaji selidik berkenaan, kerajaan diharap dapat merangka satu jalan penyelesaian bagi menambah baik keadaan ekonomi masyarakat terutamanya kaum India.
“Masyarakat India negara ini antara yang terkesan daripada sudut ekonomi semenjak pandemik COVID-19 lalu.
“Meskipun terdapat pelbagai bantuan diberikan kerajaan pada waktu tersebut sama ada dalam bentuk wang atau moratorium namun masih ramai dalam kalangan mereka yang terbeban dengan masalah kewangan,” kata beliau.
Astro Awani
Mon Sep 19 2022
Kaji selidik bertajuk Suara Rakyat Malaysia Menuju PRU15 dilaksana bermula hari ini hingga 9 Oktober membabitkan Astro AWANI, Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily, serta Malaysian Nanban.
Rusia hadkan bekalan gas ke Moldova mulai Rabu
Gazprom menuduh pengendali gas Moldova, Moldovagaz gagal memenuhi kewajipan pembayaran secara berulang kali.
Peragut maut rempuh pagar kem PGA Batu Kawa
Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.
Presiden FAM: Tokoh korporat Syaf Ismail sedia jadi calon 'wild card'
Sayf berkata beliau sedia bertanding sebagai pilihan 'wild card' dan menawarkan kepakarannya bagi menerajui badan induk bola sepak negara.
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
28 maut pesawat Jeju Air terhempas
Kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).