Kejadian berlaku sekitar 1.30 tengah Sabtu di Jalan Field Force Batu Kawa, Kuching.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan pegawai kesihatan di lokasi kejadian kemudian mengesahkan suspek telah meninggal dunia.
"Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.
"Pemeriksaan pengenalan diri suspek adalah lelaki tempatan dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan suspek meninggal dunia," katanya.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kamun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.