Menurut hebahan, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan signifikan terus berlaku di lembangan sungai berkenaan.
Katanya melalui hantaran di Facebook, banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh dijangkakan.
Menurut hebahan itu, JPS memaklumkan hujan berterusan tahap waspada dijangka membabitkan daerah Kuantan yang mengakibatkan limpahan aliran di lembangan Sungai Pahang, lembangan Sungai Kuantan, lembangan Sungai Cherating dan lembangan Sungai Ular.
Lembangan Sungai Pahang itu meliputi Sungai Lepar, Alur Sungai Belat, Parit Chendering, Parit Jawa, Parit Rangin, Sungai Galing, Sungai Jelai, Sungai Kenau, Sungai Lepar, Sungai Penor, Sungai Pinang, Sungai Soi dan Sungai Terus.
Lembangan Sungai Kuantan pula membabitkan Sungai Lepar, Sungai Penor, Sungai Rangin, Sungai Tiram dan Sungai Kenau.
Bagi daerah Pekan, kenaikan paras sungai dijangka berlaku di Sungai Air Tawar, Sungai Anak Tasek, Sungai Cheroh, Sungai Dong, Sungai Kenong, Sungai Kerdau, Sungai Lipis, Sungai Mentiga dan Sungai Semantan yang mana ia berada dalam lembangan Sungai Pahang.
Di Rompin pula, peningkatan dijangka membabitkan Sungai Pontian, Sungai Sekin, Sungai Gayung, Sungai Aur, Sungai Jeram, Sungai Kepasing, Sungai Jekatih dan Sungai Pukin iaitu lembangan Sungai Rompin.
Selain Sungai Rompin, banjir turut dijangka akibat limpahan lembangan Sungai Endau, lembangan Sungai Pontian (Sungai Cemara) dan lembangan Sungai Keratong.
Sehubungan itu, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutama di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman Public lnfo Banjir.