Sun Dec 29 2024
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Presiden Azerbaijan dakwa Rusia bertanggungjawab
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev secara terbuka mendakwa Rusia telah menembak pesawat penumpang Azerbaijan Airlines J2-8243 pada 25 Disember lepas, menyebabkan ia terhempas.
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Kelantan,Terengganu dan Sabah dilanda banjir
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kedua-dua negeri itu kembali dilanda bencana tersebut pada Ahad.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
China perkenal prototaip kereta api terpantas di dunia
Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing pada Ahad, menurut pengendali kereta api negara itu.
Kapal persiaran mega buatan China terima 600,000 pelancong
Kapal persiaran mega pertama China, Adora Magic City telah menyelesaikan 84 pelayaran dan menerima 600,000 pelancong pada tahun pertama operasi komersialnya, menurut Kastam Shanghai
Mayat 24 warga Azerbaijan dibawa pulang
Mayat 24 warga Azerbaijan yang terbunuh dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau, Kazakhstan telah dibawa pulang ke ibu negara Baku, lapor media tempatan.
Taiwan tutup 14 sekolah pada 2024
MOE mendedahkan bahawa 14 institusi itu terdiri daripada sembilan sekolah rendah, sebuah sekolah menengah rendah dan empat institusi pengajian tinggi.
Kebakaran Belukar: PM Australia umum bantuan untuk penduduk terjejas
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan bantuan kecemasan bencana kepada penduduk yang terjejas akibat kebakaran belukar besar di tenggara negara itu, lapor Xinhua.
Gangguan penerbangan di UK dijangka berterusan
Gangguan akibat kabus tebal dijangka berterusan di beberapa lapangan terbang sekitar London pada Ahad
Jepun semak semula larangan kunjungi Pantai Timur Sabah
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew berkata, keputusan itu disifatkan sebagai satu perkembangan positif dalam sektor pelancongan Sabah.
Himpunan aman gempur rasuah sabah tidak wakili UMS
Perhimpunan aman gempur Rasuah Sabah di hadapan Menara Kinabalu pada 31 Disember anjuran kumpulan mahasiswa tidak mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sukan SEA: Venue berpusat lebih baik - MOM
Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata pihaknya tidak mahu venue pertandingan berselerak seperti Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang dianjurkan di sembilan bahagian di negeri itu, Ogos lepas.
Polis tahan suspek pukul lelaki di kedai makan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang individu dipukul di sebuah kedai makan di Machang Bubok, di sini yang video berhubung insiden tersebut turut tular di media sosial pada Ahad.
Nahas Jeju Air: Korea Selatan berkabung tujuh hari
Pemangku Presiden Korea Selatan Choi Sang-mok pada Ahad mengumumkan tempoh berkabung tujuh hari di seluruh negara berikutan nahas pesawat yang meragut sekurang-kurangnya 177 nyawa, dengan dua orang masih hilang, menurut pejabatnya
Zikir di Kubur: Biarkan JAWI siasat - Mohd Na'im
semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tindakan sekumpulan individu berhimpun di sebuah pusara dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak di sini pada sabtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata semua pihak dimohon untuk menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa agama Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata semua pihak dimohon untuk menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa agama Islam.
Mayat lelaki ditemukan dalam but kereta, dua suspek ditahan
Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki tempatan dalam but sebuah kereta di Kilometer 26, Jalan Jemaluang-Kahang, Mersing Johor pada Sabtu.