Ringkasan AI
- Mark Zuckerberg menyasarkan peningkatan drastik kandungan yang dijana oleh AI di platform seperti Facebook, Instagram, dan Threads, termasuk rumusan kandungan dan kandungan yang dihasilkan atau dihimpunkan oleh AI.
- Integrasi AI dijangka membawa corak penggunaan baharu di media sosial, dengan algoritma AI yang berjaya meningkatkan masa pengguna di platform.
- Zuckerberg juga memfokuskan pembangunan chatbot Meta AI, yang kini mempunyai lebih 500 juta pengguna global dan dijangka diperkenalkan kepada pengguna Malaysia tidak lama lagi.
Angka kandungan janaan AI ini dilihat akan meningkat drastik, dan memenuhi ruangan garis masa di Facebook, Instagram, mahupun Threads.
Pelbagai bentuk kandungan janaan AI dijangka diperlihatkan, termasuk rumusan kepada kandungan, kandungan yang dihasilkan AI, atau kandungan yang dihimpunkan oleh AI untuk tatapan pengguna.
Langkah ini juga dijangka membawa kepada corak penggunaan baharu di media sosial.
Seperti ramai sedia maklum, Facebook pada awalnya sekadar mencadangkan rakan untuk diikuti untuk memenuhi garis masa pengguna.
Seterusnya, ia mula mengintegrasikan algoritma rakan-rakan, dan seterusnya algoritma berasaskan interaksi.
Kini, Facebook memperlihatkan kandungan rawak berasaskan populariti dan algoritma khusus mereka – dan menatakan algoritma bersama penggunaan AI berjaya membuatkan pengguna menghabiskan lebih masa berbanding sebelum ini.
Di samping integrasi AI pada kandungan, Mark Zuckerberg turut memfokuskan pembangunan chatbot mereka tersendiri, dinamakan Meta AI dan kini mempunyai lebih 500 juta pengguna seluruh dunia.
Ciri Meta AI dijangka diperkenalkan kepada pengguna Malaysia dalam masa terdekat ini. -Amanz