Menurut Indeks Bilionair Bloomberg, nilai bersih pendapatan pemilik media sosial Facebook, Instagram, Threads dan WhatsApp itu meningkat sebanyak AS$51 bilion (RM220 bilion) tahun ini, mencapai nilai kekayaan sebanyak AS$179 bilion (RM771 bilion).
Bagaimanapun, beliau berada di tempat keempat individu terkaya di dunia di belakang Elon Musk dari Tesla dengan nilai kekayaan AS$248 bilion (RM1.07 trilion), Jeff Bezos dari Amazon AS$202 bilion (RM870 bilion) dan Bernard Arnault dari LVMH AS$180 bilion (RM775 bilion).
Zuckerberg memulakan tahun ini di tempat keenam senarai, namun naik ke kedudukan keempat minggu lalu.
Data terbaharu Indeks Bilionair Bloomberg itu menyaksikan Zuckerberg mengatasi Musk dan Bezos dalam peningkatan kekayaan tahun ini, dengan masing-masing mencatat RM220 bilion, AS$19 bilion (RM81.8 bilion) dan AS$25 bilion (RM107.63 bilion).
Pemilik Meta itu mengasaskan Facebook pada tahun 2004 ketika berusia 19 tahun.
Meta kini merupakan syarikat awam ketujuh terbesar di dunia dengan modal pasaran sebanyak AS$1.3 trilion (RM5.6 trilion).
Antara September 2021 dan November 2022, saham Meta merosot lebih 75 peratus yang mengakibatkan kehilangan besar dalam nilai bersihnya kepada hanya AS$35 bilion (RM151 bilion).
Namun, saham tersebut melonjak lebih lima kali ganda sejak itu dan meningkat sebanyak 65 peratus dalam setahun lalu.