THREADS adalah alternatif kepada X yang menggunakan akaun Instagram.


Ringkasan AI
  • Threads, alternatif kepada X yang menggunakan akaun Instagram, telah mencapai hampir 275 juta pengguna dengan penambahan 1 juta pengguna setiap hari.
  • Threads menawarkan penggunaan yang ringkas, interaksi dengan manusia bukan bot, dan tiada iklan buat masa ini.
  • Menurut laporan, iklan akan mula dipaparkan pada Threads seawal Januari 2025, terhad kepada pengiklan terpilih, dan mungkin tidak melibatkan semua pengguna atau negara.


Sejak kebelakangan ini jumlah pengguna telah meningkat menghampiri 275 juta dengan 1 juta pengguna bertambah setiap hari.

Ia menawarkan penggunaan yang ringkas, mudah berinteraksi dengan manusia bukan bot dan tiada iklan.

Menurut laporan The Information, iklan pada Threads akan mula dipaparkan tidak lama lagi. Ini bukan perkara yang mengejutkan kerana paparan iklan memang sudah dinyatakan akan berlaku.

Mark Zuckerberg pernah berkongsi yang beliau ingin iklan mula dipaparkan jika jumlah pengguna di Threads sudah menghampiri 1 bilion. Lagi pun anda tidak boleh mengeja Threads tanpa ads.

Ujian paparan iklan turut telah kelihatan berlaku pada beberapa bulan lepas. Iklan ini dikatakan akan tiba seawal Januari 2025 dan akan terhad kepada pengiklan terpilih sahaja.

Turut tidak pasti jika paparan iklan pada Threads akan berlaku kepada semua pengguna atau hanya di negara tertentu.

Di Eropah, platform Facebook dan Instagram menawarkan pelan langganan untuk bebas iklan yang mana berasingan dengan langganan Meta Verified. -Amanz