META memaklumkan perkhidmatan sosial mereka Threads sedang menguji sebuah ciri baharu, perkongsian yang hilang selepas 24 jam ia diterbitkan.

Ini sekali gus akan memudahkan para pengguna berkongsi beberapa perkara yang mungkin tidak begitu penting yang ingin dikekalkan pada profil sosial mereka.

Ciri ini sedang diuji melibatkan sejumlah kecil pengguna platform berkenaan.

Melalui perkongsian yang hilang ini, ia turut akan memadam pelbagai balasan dan komen yang diterima sesuatu perkongsian – membuatkan semua interaksi turut hilang selepas tamat tempoh perkongsian asal.

Secara tidak langsung, ini juga akan meningkatkan kadar penggunaan platform tersebut, di mana pengguna tidak ingin ketinggalan dalam mengikuti sesuatu perkongsian oleh pengguna lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diaktifkan kepada semua pengguna seluruh dunia. -Amanz