Angka ini memperlihatkan peningkatan drastik sejak bulan lepas, dan Mark Zuckerberg sendiri menyasarkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan terkemuka dunia menjelang penghujung 2024 ini.
Meta AI merupakan perkhidmatan kecerdasan buatan berasaskan chatbot yang diintegrasikan terus pada perkhidmatan di bawah Meta, termasuk Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.
Melaluinya, pengguna boleh berinteraksi dengan Meta AI dalam bertanyakan sejumlah perkara, menjana gambar, dan menguruskan sejumlah perkara dengan lebih produktif.
Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pengguna di beberapa buah negara sahaja, dan telah diumumkan akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi di Malaysia, dan melihat sendiri bagaimanakah Meta AI jikalau dibandingkan dengan ChatGPT dan juga Google Gemini.