KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat untuk mempergiatkan lagi industri hiliran berasaskan minyak sawit dan getah ke Turki selain menjadikannya sebagai hab produk agrikomoditi negara ke benua Eropah dan Asia Tengah.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, hasrat itu telah dinyatakan dalam pertemuan bersama Menteri Perdagangan Turki, Dr Mehmet Mus pada 27 Mac lepas, ketika mengetuai delegasi Misi Ekonomi dan Promosi Produk Agrikomoditi ke Turki pada 26-30 Mac, 2022.
"Selain itu, Malaysia turut menawarkan kepakaran berasaskan teknologi getah asli iaitu galas getah seismik yang mampu menyerap gegaran gempa bumi bagi industri pembinaan, jambatan dan laluan keretapi di Turki yang kini berkembang pesat
"Kita juga mengadakan perbincangan untuk menjadikan Turki sebagai hab untuk produk agrikomoditi negara ke benua Eropah dan Asia Tengah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Zuraida berkata, misi tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti berterusan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dalam usaha mempromosi serta meningkatkan perdagangan produk agrikomoditi negara di peringkat global.
Menurutnya, pada pertemuan sama, Malaysia turut menyuarakan penghargaan ke atas Turki berhubung pengecualian cukai lebih rendah hasil kerjasama Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki (MTFTA) yang telah dimeterai pada 2019.
Pada kesempatan sama, beliau turut memperjelas isu-isu berkaitan minyak sawit selain mempelawa Turki untuk memberi sokongan dalam berdepan sikap prejudis terhadap produk sawit.
Selain itu, Zuraida berkata delegasi itu turut mengadakan pertemuan bersama kalangan penggiat industri di Ankara, Turki, bagi membincangkan isu serta masalah yang dihadapi selain mempromosikan agrikomoditi utama Malaysia iaitu minyak sawit, getah, kayu-kayan, koko dan lada.
Ketika di Istanbul, delegasi KKPK turut menemui pengurusan syarikat Yildiz Holdings, Peneraju Persatuan Perniagaan Turki (MUSIAD), melawat kilang perabot Sevila Movilya serta menyaksikan acara pemeteraian Perjanjian Persefahaman Bersama di antara Majlis Kayu-Kayan Malaysia dan Persatuan Pengimport dan Pengskport Kayu-Kayan Turki. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
Malaysia berhasrat untuk mempergiatkan lagi industri hiliran berasaskan minyak sawit dan getah ke Turki selain menjadikannya sebagai hab produk agrikomoditi negara ke benua Eropah dan Asia Tengah, kata Zuraida Kamaruddin. - Gambar fail
Hassan Karim sedia digantung, dipecat keahlian PKR kerana kritik kerajaan
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tidak akan merayu terhadap keputusan yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin PKR pada Ahad.
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa tidak jejas hubungan dagangan dengan AS - Anwar
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan AS.
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.
Malaysia dipilih semula terajui Lembaga Pengarah SMIIC
Malaysia memenangi kerusi dalam pemilihan semula ahli Lembaga Pengarah SMIIC bagi penggal 2025-2027 pada Perhimpunan Agung Ke-19 SMIIC yang berlangsung pada 14 November lepas di Istanbul, Turkiye.
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan.
COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan
Malaysia memimpin usaha membangunkan kerangka karbon menyeluruh di peringkat ASEAN, dengan inisiatif yang dimulakan oleh Kumpulan Kerja Pasaran Karbon.