KUALA LUMPUR: Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 9.6 juta pergerakan penumpang pada November 2023, iaitu mencecah 83.3 peratus berbanding paras sebelum pandemik.
Pengendali lapangan terbang itu berkata, pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang dipacu oleh sektor antarabangsa, yang mencatatkan 4.9 juta penumpang dan mengekalkan kadar pemulihan bulanan melebihi 89.5 peratus berbanding paras 2019 sejak Julai 2023.
Sementara itu, sektor domestik mengekori dengan mencatatkan 4.6 juta pergerakan penumpang, mencecah 77.6 peratus daripada paras 2019, sebahagiannya disebabkan oleh pengembangan syarikat penerbangan ke sektor antarabangsa dan penurunan yang tidak dijangka dalam kapasiti domestik mulai pertengahan Oktober, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.
Ia berkata, sektor antarabangsa dan domestik masing-masing menyumbang 52 peratus dan 48 peratus bahagian pasaran walaupun trafik masih dalam pemulihan.
"Pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik mencatatkan 3.4 juta dan 3.2 juta penumpang, masing-masing meningkat 51.8 peratus dan 8.8 peratus berbanding November 2022," katanya.
MAHB berkata, pertumbuhan trafik yang berterusan pada November sebahagiannya disebabkan pelancaran empat perkhidmatan baharu dari KLIA ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan empat penerbangan mingguan oleh Batik Air Malaysia, Raja Sansi dan Thiruvananthapuram dengan penerbangan dua kali seminggu oleh Malaysia Airlines.
Ia berkata, Firefly memulakan lima penerbangan mingguan ke Don Mueang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Sementara itu, pengendali lapangan terbang itu berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SGIA) merekodkan hampir tiga juta pergerakan penumpang pada November 2023, mengatasi 2019 pada 3.5 peratus.
"Pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik hampir sama dengan mencatatkan 1.5 juta dan 1.4 juta penumpang di tengah-tengah bukan tempoh kemuncak musim perjalanan dan penggantungan sementara tujuh penerbangan harian ke Tel Aviv," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
MAHB berkata sektor antarabangsa dan domestik masing-masing menyumbang 52 peratus dan 48 peratus bahagian pasaran walaupun trafik masih dalam pemulihan. - Gambar fail
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Kekejaman Zionis: Tidak banyak negara lantang seperti Malaysia - PM Anwar
Janganlah menggesa kerajaan membuat lebih daripada itu kerana menurutnya, semasa Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, mereka juga tidak berbuat demikian.
MAHB catat 36.1 juta pergerakan penumpang dalam suku ketiga
Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) merekodkan 36.1 juta pergerakan penumpang pada suku ketiga 2024.
Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk cetak wang dan BlackRock.
MAHB sahkan insiden lubang benam, tiada kerosakan harta awam dilaporkan
MAHB telah menutup kawasan tersebut dan sedang melakukan penilaian terhadap insiden itu.
Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Kompleks Bunga Raya KLIA
Anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter.
Trafik penumpang antarabangsa Lapangan Terbang Subang pada Ogos naik 25 peratus
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Lapangan Terbang Subang (SZB) mencatat peningkatan trafik penumpang antarabangsa sebanyak 25 peratus pada Ogos 2024.
MAHB catat 12 juta penumpang pada Ogos 2024
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan sebanyak 12 juta penumpang melibatkan rangkaian lapangan terbangnya pada Ogos 2024.
Tiga daripada empat prasyarat penswastaan MAHB sudah dipenuhi, dijangka selesai 4Q24 - Kenanga Research
Kenanga Research berkata, pihaknya difahamkan tiga daripada empat prasyarat bagi cadangan penswastaan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) yang bernilai lebih RM12 bilion telah pun dipenuhi.
Untung bersih MAHB melonjak sekali ganda kepada RM205.80 juta bagi suku kedua
MAHB mencatatkan keuntungan bersih RM205.80 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2024, melonjak sekali ganda daripada RM102.53 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2023.
Malaysia Airports raih paras tertinggi bulanan baharu pergerakan penumpang pada Julai 2024
Malaysia Airports Group mencatatkan 12.4 juta pergerakan penumpang pada Julai 2024, peningkatan 7.3 peratus berbanding bulan sebelumnya sekali gus sebagai paras tertinggi bulanan baharu pascapandemik.