SEPANG: Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada pagi Rabu.


Ringkasan AI
  • Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, KLIA, dengan kedalaman satu meter, lebar 5.4 meter, dan panjang lebih empat meter.
  • JKR mengesyaki kebocoran paip di lurang kumbahan sebagai punca dan telah melaporkan kejadian kepada MAHB serta melakukan pemantauan dan pemeriksaan.
  • Lokasi berhampiran lubang telah ditutup, dan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dipasang oleh MAHB. Punca kejadian masih dalam siasatan.


Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang dalam satu kenyataan memaklumkan jalan di sekitar lubang tersebut masih boleh digunakan namun lokasi yang benar-benar hampir sudah ditutup.

Menurutnya, anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter.



Tambah kenyataan itu lagi, pemeriksaan di tapak mendapati terdapat satu lurang kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam.

[TERKINI] Kejadian lubang benam di Kompleks Bunga Raya, Terminal KLIA

Pihak JKR turut mengesyaki kebocoran paip di lurang kumbahan menjadi punca terbentuknya lubang benam tersebut.



“JKR telah melakukan beberapa tindakan seperti melaporkan kejadian kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“JKR juga melakukan pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) oleh pihak MAHB.

“Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah selesai siasatan dibuat dan pihak JKR & Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak MAHB,” menurut kenyataan tersebut.



Punca kejadian masih dalam siasatan.

Astro AWANI sedang cuba mendapatkan maklum balas daripada MAHB berhubung insiden berkenaan.