Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak Fahmi Zainol berkata kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan IWK yang dianggarkan mengambil masa selama seminggu.
"Pengguna jalan raya perlu guna laluan alternatif kerana jalan ke Taman Sri Nibong melalui Krystal Point akan ditutup selama seminggu," katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.
Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri turut meninjau lokasi lubang benam berkenaan di Lebuh Bukit Kecil 3, setelah dilaporkan penduduk kira-kira 8 pagi ini.
Gambar tayar sebuah bas sekolah terbenam di lubang berkenaan turut tular, namun tiada kecederaan dilaporkan.
-- BERNAMA