KUALA LUMPUR:Majlis TVET Negara (MTVET) ditubuhkan bagi menambah baik penyelarasan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara dalam usaha memastikan laluan TVET sebagai agenda nasional, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Noraini berkata tiga teras strategik iaitu tadbir urus bersepadu dan terselaras, TVET dipacu industri dan mencorak masa hadapan, serta 12 strategi pemerkasaan, digariskan bagi memperkasa TVET sebagai agenda negara.
"Selain itu, enam inisiatif utama telah dikemukakan sebagai hala tuju agenda pemerkasaan TVET iaitu merangka model pembiayaan mampan, membangun polisi untuk menggalakkan penyertaan industri, mewujudkan Pelan Penjenamaan TVET Nasional, menubuhkan TVET Collaboration Hub, mewujudkan polisi penyelarasan penawaran program TVET dan membangunan Data Raya TVET.
"Kolaborasi strategik merentas kementerian yang disokong oleh keterlibatan pihak industri akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan institusi pendidikan dapat merancang serta melatih pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang memenuhi keperluan industri," katanya.
Noraini berkata kementeriannya juga telah membentangkan dua kertas bagi menetapkan hala tuju penggubalan dasar berkenaan TVET negara iaitu Majlis TVET Negara: Mandat Baharu Agenda Pemerkasaan TVET dan Agenda Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional pada mesyuarat MTVET semalam.
Beliau berkata mesyuarat yang diadakan buat julung kali itu dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan disertai menteri-menteri kabinet serta wakil industri secara dalam talian.
Selain dianggotai tokoh industri dan wakil akademia yang juga rakan strategik perkongsian data, kepakaran, teknologi, ilmu baharu dan kajian signifikan bagi manfaat pembuat dasar dan pengamal TVET, majlis ini turut dianggotai pelbagai kementerian dan agensi lain.
Dalam hantaran sama, beliau memaklumkan struktur tadbir urus majlis itu terdiri daripada tiga peringkat iaitu Majlis TVET Negara, Jawatankuasa Eksekutif MTVET dan Kumpulan Fokus TVET.
"Majlis TVET Negara dipengerusikan oleh Perdana Menteri manakala Jawatankuasa Eksekutif MTVET dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
"Kumpulan fokus MTVET pula dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 11 2021
Noraini berkata, struktur tadbir urus Majlis TVET Negara terdiri daripada tiga peringkat iaitu Majlis TVET Negara, Jawatankuasa Eksekutif MTVET dan Kumpulan Fokus TVET. - Gambar fail
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TVET kunci keluar dari kemiskinan
Pendidikan secara umumnya adalah satu-satunya penyelesaian yang mampan untuk memecahkan kitaran kemiskinan dan ketidaksamaan.
KPKM teroka peluang baharu melalui program MCYTT
KPKM melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian bercadang meneroka ruang dan peluang baharu termasuk penyertaan dalam Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.
GMI terima kelulusan naik taraf kolej universiti
GMI yang ditubuhkan pada 1991 telah menerima kelulusan naik taraf kepada kolej universiti dan akan dikenali sebagai GMI-University College of Applied Sciences (GMI-UcAS).
Malaysia perhalusi perkenal aliran TVET seawal tingkatan satu - Ahmad Zahid
Malaysia mempertimbangkan menurunkan had umur buat pelajar aliran TVET bagi membolehkan pelajar mencapai tahap kemahiran yang diiktiraf pihak industri.
KPM perkenal kurikulum baharu prasekolah pada 2026
Semua guru prasekolah akan dipastikan mempunyai tahap pendidikan tertinggi peringkat ijazah untuk memastikan pendidikan yang lebih holistik.
Sertai bidang TVET, pilihan tepat buat 'Mowgli' Malaysia
Muhammad Syukur yakin peluang keemasan dapat diperoleh dengan kemahiran TVET yang dimilikinya.
MATEPM 2024 rai pencapaian unggul TVET negara
Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) kembali lagi untuk merai dan mengiktiraf pencapaian individu cemerlang dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Elemen TVET diperkenal kepada murid Tahun Satu pada 2027
Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan elemen TVET bermula dari tahun satu di sekolah rendah melalui Kurikulum Persekolahan 2027.
Institusi TVET perlu kerjasama industri untuk tawar program berkualiti, relevan - Fadillah
Fadillah berkata kerajaan sedar penawaran aliran TVET di Malaysia perlu ditambah baik agar lebih tersusun dan berkesan.