ALOR SETAR: Kadar kebolehpasaran pelajar lepasan Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Kolej KEDA) dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) meningkat kepada 98.5 peratus pada tahun lalu.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang berkata angka itu menunjukkan Kolej KEDA berjaya melahirkan pekerja berkemahiran khususnya dari kawasan luar bandar untuk memenuhi keperluan industri masa kini.
"Pada tahun lalu, kebolehpasaran graduan yang mendapat pekerjaan adalah sebanyak 98.50 peratus yang merangkumi 74.59 peratus berada dalam pasaran kerja, usahawan (4.92 peratus) dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (18.03 peratus).
"Secara keseluruhannya Kolej KEDA telah melahirkan seramai 8,224 graduan menerusi lapan bidang TVET yang ditawarkan iaitu teknologi elektrik, teknologi kimpalan, teknologi motosikal, kulinari, teknologi automotif, teknologi fabrik (wanita), teknologi fabrik (lelaki) serta teknologi penyejukbekuan dan penyaman udara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Graduasi Kolej KEDA ke-12 dan Pelancaran Tahfiz TVET 3.0 Kolej KEDA yang diadakan di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Albukhary, di sini, semalam.
Menurut Rubiah, Kolej KEDA juga telah menerima penarafan lima bintang bagi penarafan tunggal TVET 2023 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia melalui aspek penilaian dan pematuhan elemen-elemen pembelajaran dan pengajaran latihan kemahiran yang telah ditetapkan.
Beliau berkata penambahbaikkan dan peningkatan kemahiran dalam kalangan pengajar dan pelajar sentiasa diutamakan agar seiring dengan perubahan keperluan kemahiran terutama dari pemain industri.
Rubiah berkata KKDW menerusi Kolej KEDA juga komited untuk melahirkan pelajar lepasan pengajian tahfiz berkemahiran yang dilaksanakan menerusi program Tahfiz TVET@Kolej KEDA 3.0.
Menurutnya, sejak 2021 sebanyak RM312,000 telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut yang memanfaatkan seramai 152 pelajar dari 19 pusat tahfiz terpilih di negeri ini.
"Bagi tahun ini, Kolej KEDA telah memperuntukkan sebanyak RM175,000 untuk program Tahfiz TVET@Kolej KEDA 3.0 dengan melibatkan 80 pelajar dari 10 pusat tahfiz.
"Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA merupakan sebuah program pengajian kemahiran jangka pendek yang telah dirangka secara khusus kepada para pelajar tahfiz bertujuan menyediakan modal insan berkemahiran untuk mengharungi alam pekerjaan kelak," katanya.
Terdahulu, pada majlis yang turut dihadiri Pengurus Besar KEDA Ismasuhaimi Shariff itu, seramai 593 graduan menerima sijil masing-masing yang terdiri daripada graduan Kolej KEDA dari 2019 hingga 2023.
Sementara itu, penerima Anugerah Tokoh Graduan Terbaik 2022, Muhammad Muzzakir Salleh, 24, berkata dia berasa sangat bertuah menerima pendidikan di Kolej KEDA yang dilengkapi dengan infrastruktur dan peralatan terkini yang memudahkannya menjalani latihan.
"Insya-Allah selepas ini saya bercadang untuk sambung pengajian di peringkat ijazah sambil bekerja, ketika ini saya sudah bekerja sebagai pegawai penilai di Institut Kemahiran Tinggi di Jerantut, Pahang," katanya yang merupakan pelajar lepasan dalam bidang Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.
Penerima Anugerah Tokoh Akademik Terbaik 2019 dan 2020, Shuhaili Romzi, 25, yang mengikuti pengajian dalam bidang Teknologi Kulinari pula berkata dia berasa terharu kerana dipilih menerima anugerah itu dan menyifatkan pengajian di Kolej KEDA sangat selesa kerana pelbagai kemudahan disediakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Rubiah menyampaikan Sijil Kemahiran Malaysia kepada sebahagian pelajar tahfiz pada Majlis Graduasi Kolej KEDA kali ke-12 dan pelancaran Tahfiz TVET 3.0 Kolej KEDA 2024, di Alor Setar, malam tadi. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA beri impak positif terhadap persekitaran, penuntut
Penglibatan pelajar tahfiz dalam pengajian bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kolej KEDA dilihat memberikan impak positif terhadap persekitaran dan penuntut lain.

Kadar kebolehpasaran graduan Kolej KEDA meningkat kepada 98.5 peratus
Kolej KEDA berjaya melahirkan pekerja berkemahiran khususnya dari kawasan luar bandar untuk memenuhi keperluan industri masa kini.

Kolej KEDA tawar tukar minyak enjin motosikal secara percuma sempena Jelajah AKM Kedah
Program Tukar Minyak Enjin Motosikal akan berlangsung pada 3 dan 4 Sept sempena Jelajah AKM Kedah.